Wednesday, October 31, 2018

JA'FAR BIN ABI TALIB


Beliau merupakan sepupu kepada Rasulullah SAW, dan abang kepada Ali bin Abi Talib. Beliau berusia  20 tahun lebih tua dari Ali. Isteri beliau bernama Asma’ binti Amis.
Dikenali sebagai Abi al-Masakin kerana beliau suka mendampingi golongan fakir miskin.  Ja’far gemar membantu dan berbuat baik terhadap mereka. Beliau merupakan seorang yang bersemngat dalam perjuangannya, bijaksana dan gigih.

Ja’far adalah antara orang yang terawal menerima dan memeluk Islam dan beliau telah menyertai rombongan ke Habsyah. Di sana, beliau menemui raja al-Najashi bagi menyampaikan dakwah Islamiah daripada Rasulullah SAW dan akhirnya mendapat berita kegembiraan apabila raja al-Najashi dan rakyatnya menerima Islam.
Beliau turut menyertai peperangan Khaibar dan tentera Islam beroleh kemenangan di sana. Kepulangan mereka dari Khaibar disambut baik oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Demi Allah, aku tidak tahu mana satu yang gembira dengannya; pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?”

Ja'far bin Abi Talib gugur syahid dalam peperangan Mu’tah bersama Zaid bin Harithah dan Abdullah bin Rawahah. Rasulullah SAW berasa sangat sedih atas kematiannya kerana Baginda amat menyukai dan menyenangi beliau. Sesungguhnya jasa beliau dalam perkembangan Islam amat banyak kerana beliau merupakan seorang yang bijak dan pintar dalam mengatur strategi dan menyebarkan Islam kepada golongan Musyrikin.

No comments:

Post a Comment