Tuesday, July 6, 2021

KELEBIHAN MENGHAFAL AL-QURAN

Ibu Bapa Penghafaz Al-Quran Mendapat Kemuliaan

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya :

“Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah 
kamu di dunia ini”.

(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga.


Info Lanjut Layari www.hafazanOnline.com




Thursday, July 1, 2021

JALAN KELUAR DARI KEFAKIRAN

Jalan Keluar Dengan Istighfar


"Tadi, masa kuliah Subuh, mufti berpesan, kalau kita berada dalam satu situasi, masalah yang memang tiada jalan keluar, sebenarnya ada satu lagi ikhtiar. Perbanyakkan istighfar."


Begitu perkongsian abah pada suatu hari tatkala kami sedang ralit menjamu hidangan sarapan pagi.


Saya tertarik mendengarnya. Menyelesaikan masalah dengan istighfar? Bertaubat kepada-Nya?


Benar juga. Bukankah salah satu peranan ujian dalam kehidupan adalah untuk menghapuskan dosa-dosa?


Selain Rasulullah SAW, mana ada manusia yang tidak berdosa?


Nabi Adam lagi dicampakkan keluar dari Syurga. Nabi Yunus alangkan ditelan ikan nun.


Semuanya gara-gara dosa kesilapan mereka.

.


Justeru kadangkala kita hairan apabila mendengar setengah orang berkata "Apa dosaku hingga Allah mengujiku seperti ini?"


Ah, satu dialog yang bukan sahaja sering menghiasi drama-drama TV, malah sering terungkap di alam realiti.


Apabila seorang ibu diuji dengan anak derhaka, tidak mudah memujuk hatinya untuk mengakui dosa dan kesilapannya.


Yang nampak kesalahan si anak sahaja.


Apabila seorang isteri diuji dengan kecurangan suaminya, tidak mudah untuk dia melihat kekurangan sendiri, namun lebih mudah memilih untuk menjadi 'mangsa' situasi.


Mengapa menyulitkan keadaan? Kita tidak boleh mengubah sesiapa. Kita tidak boleh keluar daripada sebarang masalah yang menimpa.


Dia Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dia yang memegang hati-hati manusia. Dia sahaja yang boleh membantu kita. Hanya Dia!


Justeru, benar kata abah. Benar kata tuan mufti yang berkhutbah. Jalan keluarnya adalah kembali kepada Allah. Mengakui segala dosa-dosa kita dan memohon ampun dan pertolongan darinya.


Nabi Yunus tatkala berada di dalam perut ikan nun pun tidak putus-putus bertaubat kepada Allah.


Merayu merintih dengan doanya yang dirakamkan di dalam Al-Quran dan dipanggil doa kecemasan.


"Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim."

.


Sahabat-sahabatku yang baik, andai seorang Nabi yang mulia pun masih terkapai-kapai memohon bantuan Allah dengan istighfar di saat sukar, maka mengapa tidak kita?


Masihkah terus mengeluh, menangis, marah dan melepaskan semua emosi kita terhadap manusia?


Kembali pada Dia. Ingatlah, berdepan kemelut ujian hidup, tidak cukup dengan bersabar. Iringinya dengan gerombolan istighfar. Semoga Allah menjadikan kita hamba-Nya yang tidak jemu-jemu beristighfar dan bersabar.


"Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan itu ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka." (Riwayat Abu Dawud)


TENTANG KAMI : 


Kepakaran kami Adalah Membantu Ibu Bapa Tersenyum kembali Melihat Anak - Anak Yang Tersayang Menghafaz Al - Quran Walaupun Di Rumah.

Untuk Makluman Kami mempunyai lebih 13 cawangan di sekitar Perlis,Kedah dan Penang (Sejak Tahun 2008)

Dan Kini Menguruskan Hafazan , Talaqi Secara Online & Pengajian Al - Quran Online. Terbuka Untuk Seluruh Malaysia Bermula Mac 2020 (PKP)

Berita Baik Untuk Tahun 2021 Kami Juga Membuka Peluang Untuk Ketegori Remaja & Dewasa

Alhamdulilah Pengalaman Menguruskan Kelas Hafazan Hujung Minggu Hampir 8 Tahun Di Utara. Membuatkan Kami Yakin Untuk Bantu Secara Online

Syukur Pada Tahun 2020 Kami Membuka Luas Kepada Semua Peringkat Untuk Bersama Kami Mengahafaz, Bertalaqi Dan Pelajari Al - Quran Dalam Bentuk Online.

📌 Berikut Merupakan Program Sepanjang Tahun :
1. Program Hafazan Online YAHANANA (HOY).
2. Program Talaqi Online YAHANANA (TOY).
3. Program Pengajian Online Yahanana (POY).

📌 Program Berskala Besar Tahunan :
1.. Seminar Berjaya Ke Ulul Albab (Online)
2. Bengkel Teknik Lulus Temuduga Maktab Mahmud & SABK

📌 Program Di Cawangan (Offline)
1. Kelas Pengajian Al - Quran Kanak - Kanak (Harian) - HQ
2. Kelas Hafazan Hujung Minggu (Mingguan) - HQ
INFO PERCUMA :

✅ Laman Rasmi Smaart IQ Quranic Centre : http://quranic.stiq.com.my/

✅ Laman Rasmi Hafazan Online : http://www.HafazanOnline.com

✅ Laman Rasmi Berjaya Ke Ulul Albab : http://www.berjayakeululalbab.com/

✅ Info Hafazan (Percuma) : https://linktr.ee/smartIQQuranic

✅ Info Berjaya Ke Ulul Albab (Percuma) : https://linktr.ee/Berjayakeululalbab