Sunday, June 26, 2016

PROGRAM QIAMULLAIL & IFTOR JAMIE DIDIK ANAK ANAK CINTA IBADAH DAN AL QURAN



24-25 Jun 2016 : Sempena 10 malam terakhir Ramadhan Smart IQ Quranic Centre berjaya menarik minat ramai anak anak dan remaja menyertai Kem Ibadah QIAMULLAIL yang di adakan di Smart IQ Quranic Centre Pekan Kuala Sungai.

Seramai 50 orang peserta di didik dengan pengisian rohani seperti Solat Terawikh, Tadarrus Al Quran, Tazkirah dan Motivasi, Iftor jamaie dan bacaan surah surah pilihan.

Menurut Ustazah Syahrul Haninah al Hafizah, memandangkan respon yang positif di kalangan waris, program ini akan diteruskan dengan dijalankan secara berkala iaitu 3 bulan sekali. Ini bertujuan bagi membantu watis mendidik anak anak mencintai ibadah dan Al Quran, katanya.