Tuesday, December 27, 2016

Latih anak-anak anda hafaz Al-Quran seawal 5 tahun bersama kami.



Sayangi anak-anak anda dengan mulakan langkah menghafaz Al-Quran seawal 5 tahun bersama kami di SMART IQ QURANIC CENTRE.

"Peneraju Hafazan Al Quran Hujung Minggu No 1 di Utara"

Kami di Smart IQ Quranic Centre telah berjaya mencipta satu fenomena baru dengan modul kelas hafazan mingguan kepada pelajar sekolah harian di mana mereka juga mampu menghafaz Al-Quran sama seperti seperti pelajar sekolah tahfiz. 

Kami mempunyai 7 cawangan Kelas Hafazan Mingguan dimana Tuan/Puan boleh memilih lokasi yang berhampiran untuk menghantar anak-anak Tuan/Puan bersama kami. 

1. Wisma Smart IQ Quranic Centre, Pekan Kuala Sungai, Alor Setar (Centre)
Hari : Jumaat @ Sabtu
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
9.30 pagi - 5.30 petang

2. Surau Al-Ikhwan, Mentaloon (Cawangan Alor Setar Utara)
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

3. Masjid Tandop, Alor Setar (Cawangan Alor Setar Selatan)
Hari : Jumaat
Masa : 8.45 pagi - 12.00 tengah hari

4. Masjid Syarifah Fatimah,Jitra (Cawangan Jitra Utara)
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari

5. Masjid Jameik As-Shahab, Kepala Batas, Jitra (Cawangan Jitra Selatan)
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

6. Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani (Cawangan Sungai Petani)
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

7. Masjid Al-Hidayah, Naka (Cawangan Padang Terap)
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari 


Untuk pendaftaran hubungi kami di 019-476 8013 
@ layari hafazanalquran.blogspot.my 
@ like page kami di

 Kelas Hafazan Mingguan
 SMART I Q Quranic Centre

#hafazanhujungminggu
#hafazanalquran
#smartiqquraniccentre
#jompakathafazalquran
#cemerlangalqurancemerlangakademik
#penerajuhafazanno1diutara
#modulmudahdanberkesan
#kelaspengajiandanhafazan

#kelastahfiz

Thursday, December 22, 2016

Pengambilan Penghuni Rumah Anak Yatim Smart IQ Quranic Centre






Smart IQ Quranic Centre kini mencari Anak Yatim bagi Tahun 2016

Permohonan dibuka sekarang !

Syarat Kemasukan:

1. Kematian ibu bapa @ salah seorang daripadanya
2. Berumur 9-10 tahun sahaja
3. Perempuan sahaja
4. Dikalangan keluarga yang miskin

Untuk mengetahui maklumat lanjut,  sila hubungi kami di talian :

019-477 8013 


Smart IQ Quranic Centre, 
Lot 12-15, Aras 2,

Taman Kasih, 
06250 Alor Setar,
Kedah Darul Aman

Wednesday, December 21, 2016

KEM CUTI SEKOLAH NOV/DEC CETUSKAN KELAINAN, TARIK MINAT HAFAZ AL QURAN



🌷 Akademi Smart Leader Huffaz ðŸŒ·

🌷 Intensif Pemulihan Al-Quran dan Solat ðŸŒ·

  ðŸŒ·Bengkel Pemantapan Tahfiz Siri 1🌷


Kem Cuti Sekolah (KCS 2016) datang lagi dengan wajah baru dan padat dengan pengisian yang membina! 
Alhamdulillah ini merupakan pengendalian kali ke-3 KCS dari kami di Smart IQ Group. Pihak kami mendapat maklum balas yang positif dan memberangsangkan dari ibu bapa dan juga para peserta. 
Kem Cuti Sekolah (KCS) pada tahun ini berjaya dilaksanakan pada 28 November hingga 8 Disember 2016 yang lepas sebagai satu pengisian buat para peserta di musim cuti sekolah mereka. 
Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH buat para peserta yang telah berjaya mengikuti kem ini serta tak lupa juga buat ibu bapa yang memilih jalan bijak untuk menghantar anak-anak dalam mengisi masa lapang sepanjang musim cuti sekolah bersama kami di SMART IQ QURANIC CENTRE.
Seramai lebih kurang 50 orang peserta yang berumur sewal 5 tahun sehingga 18 tahun telah menyertai KCS pada tahun ini. KCS ini diiringi oleh 5 orang tenaga pengajar serta 7 orang urusetia yang membantu sepanjang perlaksanaan KCS ini.

Modul pengisian KCS kali ini lebih menumpukan kepada hafazan 10 ayat awal surah Al-Kahfi, surah-surah lazim, Tajwid, Fardhu Ain, bacaan dalam solat serta aktiviti-aktiviti kepimpinan. Alhamdulillah, kesemua peserta KCS kali ini berjaya pulang dari Kem Cuti Sekolah dengan hafazan 10 ayat awal Surah Al-Kahfi, ayat-ayat lazim serta bacaan dalam solat.









Hafazan 10 ayat awal Suran Al-Kahfi dan Juz Amma

Semoga segala ilmu dan pengisian yang diperoleh dari KCS ini memberi manfaat dan dijadikan amalan buat para peserta di masa hadapan.
Pihak urusetia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tenaga pengajar, kepada ibu bapa yang memberikan sokongan dan dorongan buat anak-anak peserta, urusetia-urusetia yang banyak membantu melancarkan KCS ini, serta kepada semua yang sama-sama menjayakan KCS pada tahun ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha menjayakan KCS ini mendapat keberkatan dari Allah SWT dan diterima sebagai amal soleh di sisiNya.
Ameen ya rabbal alamin.
Terus menghafaz walaupun anak-anak bukan dari sekolah aliran agama dan terus menjadi anak-anak yang membanggakan kedua ibu bapa.
Selamat Maju Jaya dan Semoga Berjumpa lagi anak-anak semua !!

Aktiviti-aktiviti kepimpinan dan explorace