Thursday, November 8, 2018

DOA AGAR DIBERIKAN KESABARAN MENGHADAPI KERENAH MANUSIA


وَلَمَّا بَرَزُوا لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالُوا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 

   
“Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”
[Al-Baqarah : 250]

Amalan

Ayat ini merupakan doa orang beriman yang menyertai tentera Talut untuk menghadapi tentera Jalut agar Allah melimpahkan kepada mereka kesabaran menghadapi ujian yang berat itu. Perkataan limpahan ini menunjukkan betapa diri mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang kering memerlukan air. Sabar dibandingkan dengan air kerana kedua-duanya mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya. 
[Tafsir al-Sawi]


Tuesday, November 6, 2018

KEM CUTI SEKOLAH 2018



*Kem Cuti Sekolah Kembali Lagi..!*

 Assalamualaikum wbt.

Saya Ustzh Syahrul dari Smart IQ Quranic Centre.

Mak,ayah nak tanya sikit, mesti mak,ayah pening kan dengan aktiviti anak-anak di musim cuti sekolah ???

Mak ayah selalu bimbang kan bila mereka....

  • main game 24 jam
  • melepak dengan kawan2
  • tengok tv pagi sampai malam
  • tiada pantauan waktu cuti sekolah

Jangan bimbang!!! 
Kami disini insyaAllah boleh bantu anak-anak dengan pengisian YANG SANGAT BERMAKNA di musim cuti sekolah ini.


Sesi 1: KEM HUFFAZ & LEADERSHIP

  •  26 November - 6 Disember 2018 ( 8 Hari )
  •  8.00 am-5.00 pm
  •  Isnin-Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai, Alor Setar
Pengisian:
Hafazan Surah Pilihan
Leadership Game
Dibahagi kumpulan kecil yg boleh membaca & tidak boleh.

Disamping Aktiviti OUTDOOR:
Lawatan sambil belajar di lokasi Masjid Zahir, Menara dan lain-lain lagi.



Sesi 2: KEM BACA SAMPAI KHATAM

  •  9-20 Disember 2018 (10 Hari)
  •  8.30am-5.30pm
  •  Ahad - Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih , Kuala Sungai, Alor Setar
Pengisian :
Bacaan Al-Quran 30 juzuk secara TALAQQI di hadapan guru
Peserta mendapat Ijazah Sanad Bacaan juzuk 30
Peserta mesti boleh membaca Al-Quran
Pengisian Tambahan Menarik: Perbincangan hukum-hukum tajwid secara ringkas.



Sesi 3: KEM MAHIR TAJWID

  •  16-20 Disember 2018 ( 5 Hari )
  •  8.00am-5pm
  •  Ahad - Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai
Pengisian Menarik:
Belajar Tajwid dengan mudah dan seronok
Permainan Game bersilibus
 Peserta mesti boleh mambaca Al-Quran dengan baik
Melatih anak-anak untuk Kreatif dalam Pembelajaran serta Kefahaman dalam Ilmu    Tajwid
Pembelajaran Dua Hala.



Sesi 4: KEM HAFAZ JUZUK 30

  • 9-20 Disember 2018 ( 10 Hari )
  •  8.00am-5pm
  •  Ahad- Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai, Alor Setar
Tidak melebihi 18 tahun
Fokus Hafazan Sepenuhnya
Boleh membaca Al-Quran dengan baik
Tamat Hafazan juzuk 30 dalam masa 10 hari



Sesi 5: KEM HAFAZ ULANGAN ULUL ALBAB

  •  26 November - 6 Disember 2018 ( 8 Hari )
  •  8.00am-12.00 pm
  •  Isnin - Khamis
  • Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai, Alor Setar
Program ini:
Terbuka kepada semua pelajar yang ingin menghabiskan silibus / membuat penambahan hafazan / ulangan hafazan yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing.


ANAK-ANAK TUAN/PUAN MESTI TERUJA PUNYA...!
TEMPAH SEAT UNTUK MEREKA SELAGI MASIH ADA!!
ANAK ADALAH SAHAM KITA DI SANA.

TEMPAT ADALAH TERHAD!!!

Sebarang pertanyaan, klik je:
wasap.my/+60194768013/NakTanyaKem

wasap.my/+60194488013/NakTanyaKem