بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap Kali Kita Rasa Terluka Dan Bersedih
Anggap airmata kita, Anggap rasa kecewa yang kita rasa, Adalah cara Allah menghapuskannya.
Apalah sangat rasa sakit semua tu kalau nak dibandingkan dengan hukuman dalam neraka yang entah berapa kali ganda seksanya.
Jadi, setiap kali kita terluka dan airmata mengalir laju sekali pun, kita sepatutnya tersenyum. Kita perlu rasa gembira kerana Allah pilih untuk hapuskan dosa kita dengan seringan-ringan hukuman.
Jangan layan sedih tu. Lawan, Allah adalah kunci jalan penyelesaian bagi setiap masalah.
Maka berpaksilah di atas jalanNya, Nescaya engkau tidak akan kecewa. Tidak kira seberat apa masalah itu, Pasti ada jalan keluarnya.
Yakinlah .. Allah Ada! Hati kita milik Allah.
Bila rasa sedih, Berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, Berbaliklah pada Allah.
Bila gembira, Berbaliklah juga pada Allah.
Bila Allah hantar rasa sedih, Allah nak kita tabah.
Bila Allah hantar bahagia, Allah nak kita sentiasa bersyukur.
Dua kali Allah ulang dalam Al-Quran ..
"Sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan selepasnya"
So, kenapa perlu berputus asa ? Alhamdulillah ♥️
Gambar Hiasan
TENTANG KAMI :
Kepakaran kami Adalah Membantu Ibu Bapa Tersenyum kembali Melihat Anak - Anak Yang Tersayang Menghafaz Al - Quran Walaupun Di Rumah.
Untuk Makluman Kami mempunyai lebih 13 cawangan di sekitar Perlis,Kedah dan Penang (Sejak Tahun 2008)
Dan Kini Menguruskan Hafazan , Talaqi Secara Online & Pengajian Al - Quran Online. Terbuka Untuk Seluruh Malaysia Bermula Mac 2020 (PKP)
Berita Baik Untuk Tahun 2021 Kami Juga Membuka Peluang Untuk Ketegori Remaja & Dewasa
Alhamdulilah Pengalaman Menguruskan Kelas Hafazan Hujung Minggu Hampir 8 Tahun Di Utara. Membuatkan Kami Yakin Untuk Bantu Secara Online
Syukur Pada Tahun 2020 Kami Membuka Luas Kepada Semua Peringkat Untuk Bersama Kami Mengahafaz, Bertalaqi Dan Pelajari Al - Quran Dalam Bentuk Online.
📌 Berikut Merupakan Program Sepanjang Tahun :
1. Program Hafazan Online YAHANANA (HOY).
2. Program Talaqi Online YAHANANA (TOY).
3. Program Pengajian Online Yahanana (POY).
📌 Program Berskala Besar Tahunan :
1.. Seminar Berjaya Ke Ulul Albab (Online)
2. Bengkel Teknik Lulus Temuduga Maktab Mahmud & SABK
📌 Program Di Cawangan (Offline)
1. Kelas Pengajian Al - Quran Kanak - Kanak (Harian) - HQ
2. Kelas Hafazan Hujung Minggu (Mingguan) - HQ
INFO PERCUMA :
No comments:
Post a Comment