Wednesday, October 31, 2018

JA'FAR BIN ABI TALIB


Beliau merupakan sepupu kepada Rasulullah SAW, dan abang kepada Ali bin Abi Talib. Beliau berusia  20 tahun lebih tua dari Ali. Isteri beliau bernama Asma’ binti Amis.
Dikenali sebagai Abi al-Masakin kerana beliau suka mendampingi golongan fakir miskin.  Ja’far gemar membantu dan berbuat baik terhadap mereka. Beliau merupakan seorang yang bersemngat dalam perjuangannya, bijaksana dan gigih.

Ja’far adalah antara orang yang terawal menerima dan memeluk Islam dan beliau telah menyertai rombongan ke Habsyah. Di sana, beliau menemui raja al-Najashi bagi menyampaikan dakwah Islamiah daripada Rasulullah SAW dan akhirnya mendapat berita kegembiraan apabila raja al-Najashi dan rakyatnya menerima Islam.
Beliau turut menyertai peperangan Khaibar dan tentera Islam beroleh kemenangan di sana. Kepulangan mereka dari Khaibar disambut baik oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Demi Allah, aku tidak tahu mana satu yang gembira dengannya; pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?”

Ja'far bin Abi Talib gugur syahid dalam peperangan Mu’tah bersama Zaid bin Harithah dan Abdullah bin Rawahah. Rasulullah SAW berasa sangat sedih atas kematiannya kerana Baginda amat menyukai dan menyenangi beliau. Sesungguhnya jasa beliau dalam perkembangan Islam amat banyak kerana beliau merupakan seorang yang bijak dan pintar dalam mengatur strategi dan menyebarkan Islam kepada golongan Musyrikin.

Tuesday, October 23, 2018

KATEGORI SURAH

Kesemua 114 surah dalam al-Quran boleh dikategorikan berdasarkan beberapa asas. Ada ulama mengkategorikannya berdasarkan panjang pendek ayat dalam satu-satu surah. Berdasarkan asas ini, ulama Al-Quran mengelompokkan surah-surah kepada 4 kategori iaitu :


1. As-Sab'u at-thiwal (7 surah yang panjang), iaitu surah Al-Baqarah, Ali 'Imran, An-Nisa', Al-A'araf, Al-An'aam, Al-Maidah dan Yunus.

2. Al-Mi'un (surah dengan lebih 100 ayat), seperti Hud, Yusuf, Mu'minun dan lain-lain.

3. Al-Matsani (surah panjang tetapi kurang sedikit dari 100 ayat) seperti Al-Anfal, Al-Hijr dan sebagainya.

4. Al-Mufashshal (surah-surah pendek) seperti Ad-Dhuha, Al-Ikhlas dan sebagainya.

Saturday, October 20, 2018

ALLAH TIDAK JEMU MENGAMPUNI

Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahwa ia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Iblis berkata kepada Tuhannya : 'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada dalam jasad mereka.' 

Allah S.W.T. menjawab : 'Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan daripada-Ku."

[Riwayat Ahmad]

Tuesday, October 16, 2018

ANAKKU PANAS BARAN

Kita biasa melihat anak-anak kecil menangis, menjerit, melontar barang, malah mengeluarkan kata-kata tidak sopan apabila marah. Adakah perlu dibiarkan kerana mereka masih kecil? Bagaimana hendak melentur supaya sifat buruk ini tidak terbawa-bawa hingga dewasa??




TEKNIK MENANGANI MARAH MENURUT PENGAMAL ISLAM

1. Azankan di telinga kanan anak-anak semasa mereka hampir terlelap tidur sebanyak 7 kali.

2. Jaga pemakanan. Elakkan daripada mengambil makanan ringan (jajan), jeruk,air berkarbonat dan buah epal hijau. Sebaliknya, berikan mereka kismis mengikut bilangan ganjil sama ada 7, 14 atau 21.

3. Jaga pergaulan. Jangan biarkan anak-anak berada di luar rumah pada waktu senja sehingga Isyak. Ini kerana waktu ini banyak syaitan berkeliaran.

4. Bacakan surah Al-Soffat, surah al-Jin dan surah Yaasin pada air. Kemudian mandikan anak-anak dengan air tersebut untuk melembutkan hatinya.

Saturday, October 13, 2018

BAGINDA S.A.W. SEDERHANA

Sa'id al-Jurairi r.a. meriwayatkan bahwa Abu Tufail berkata : "Saya pernah melihat Nabi SAW dan tidak ada lagi  di muka bumi ini seorang pun yang pernah melihat beliau selain diriku."


Sa'id yang teruja segera bertanya : "Gambarkanlah baginda kepadaku." 

Abu Tufail berkata : "Baginda putih, elok dan sedang (tidak gemuk dan tidak kurus, tidak tinggi dan tidak pendek)."

[Riwayat al-Tirmizi, Muslim, al-Baihaqi, Ibn Sa'ad dan al-Baghawi]


Thursday, October 11, 2018

AL-HUJURAT (AYAT 11)


Manusia diberikan kelebihan oleh Allah anugerah ‘lisan’ untuk berbicara dalam pelbagai bahasa dan berkomunikasi sesama mereka. Lisan ibarat pedang bermata dua, ia boleh mencegah kemungkaran di tengah masyarakat dan ia juga boleh memecah-belahkan kaum Muslimin menurut kehendak syaitan.

Ayat ke-11 Surah Al-Hujurat menyenaraikan beberapa bentuk kejahatan lisan, antaranya perbuatan merendah-rendahkan sesama saudara yang timbul atas dasar kesombongan dan keangkuhan.

Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud) :
“Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.” 
[Riwayat Muslim]






Sebab turunnya bahagian awal ayat ini ialah apabila sekumpulan sahabat dari bani Tamim mempersendakan Bilal bin Rabah, Salman Al-Farisi dan Ammar bin Yasir yang kesemuanya adalah bekas hamba. Dalam ayat ini Allah SWT menegaskan kepada orang beriman bahawa di sisi Allah SWT, Bilal, Salman dan Ammar adalah lebih mulia dari golongan yang mempersendakan mereka. Allah SWT tidak memandang asal keturunan mereka tapi pengorbanan mereka untuk agama-Nya.

Sebab turunnya bahagian “…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk” dalam ayat ke-11 ini adalah sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Abu Jubayrah ibn Ad-Dahhaak di mana satu ketika Rasulullah SAW pernah memanggil seorang sahabat dengan nama yang biasa beliau dipanggil, maka beberapa sahabat yang lain memberitahu Rasulullah SAW sebenarnya sahabat yang dipanggil itu tidak berapa menyukai panggilan tersebut. Maka bahagian ayat ini pun diturunkan tidak lama kemudian. Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.

Pengajaran dari ayat ini :
Jangan menghina, mencela atau memberi gelaran buruk kepada orang lain kerana mungkin mereka jauh lebih baik.



Saturday, October 6, 2018

TIP BERSAMA AL-QURAN






  • Jangan biarkan hari kita berlalu tanpa membuka dan membaca Al-Quran. 
  • Usahakanlah agar paling tidak sekali sehari mendengar bacaan Al-Quran oleh qari yang kita suka.
  • Simpan mp3 atau program Al-Quran dalam telefon bimbit. Daripada membiarkan masa berlalu dengan menunggu, lebih baik mendengar atau membaca Al-Quran.
  • Miliki mashaf Al-Quran terjemahan untuk rujukan. Tambahan pada hari ini telah Al-Quran terjemahan per kata yang amat membantu kita memahami Al-Quran.
  • Sebagaimana kita ada rancangan untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran, apa kata kita rancangkan juga untuk mengkhatamkan pembacaan tafsir Al-Quran.

Friday, October 5, 2018

TIP MENGERATKAN SILATURRAHIM

1. SEBARKAN SALAM

"Kamu tidak masuk syurga sebelum kamu beriman, kamu tidak beriman sebelum kamu berkasih sayang. Sukakah kamu aku tunjukkan sesuatu, apabila kamu menghayatinya nescaya kamu berkasih sayang : Sebarkan salam dalam kalangan kamu." 
(Riwayat Muslim)

2. MENJAMU MAKAN

Seorang lelaki bertanya Nabi : "Mana satu antara ciri Islam terbaik?" Sabda Nabi S.A.W., "Mengadakan jamuan makan dan mengucap salam kepada orang yang kamu kenali dan yang tidak dikenali." (Riwayat Muslim)

3. MENYAMBUNG HUBUNGAN YANG TERPUTUS

"Tidak dikira orang menghubungkan silaturrahim dengan bertukar pemberian, tetapi orang yang menghubungkan silaturrahim ialah orang yang apabila hubungannya diputuskan, dia menghubunginya." (Riwayat Al-Bukhari)


Jom sertai kami di
SMART IQ QURANIC CENTRE

LIKE AND SHARE
Page : SMART I Q Quranic Centre


Atau
Hubungi kami di
http://hafazan01.wasap.my
http://hafazan02.wasap.my

Thursday, October 4, 2018

CARA RASULULLAH S.A.W. MENERIMA WAHYU.

Pernahkah terfikir bagaimana keadaan Rasulullah S.A.W. menerima wahyu??




Rasulullah S.A.W. menerima wahyu bukan dengan satu cara sahaja. 
Ada beberapa cara, antaranya :

1. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dalam bentuk manusia. 

  • Malaikat Jibril menemui Nabi S.A.W. dalam rupa manusia yang boleh dilihat oleh Nabi S.A.W. Lalu Jibril membacakan firman Allah S.W.T. kepada Nabi S.A.W., Rasulullah S.A.W. pun mengingatnya.
2. Malaikat Jibril memasukkan terus ke dalam hati Nabi S.A.W. 
  • Malaikat Jibril memasukkan wahyu ke dalam hati Nabi Muhammad S.A.W. tanpa bertemu secara langsung dengan Rasulullah, tanpa memperlihatkan kehadirannya. Kesannya, Nabi S.A.W. tiba-tiba sahaja merasakan wahyu itu telah berada di dalam hatinya.
3. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dalam rupa asalnya, diiringi bunyi yang gemersik        sekali seperti bunyi loceng.
  • Cara ini adalah yang paling berat sekali, sebagaimana diakui oleh Rasulullah S.A.W.  sendiri. Terdapat hadis yang merakamkan hal ini. Ada ketikanya baginda berpeluh-peluh tidak semena-mena sedangkan cuaca ketika itu dingin. Ada ketika pula unta yang sedang ditunggangi terduduk tidak mampu bergerak disebabkan beratnya wahyu yang ditanggung oleh baginda.

Jom sertai kami di
SMART IQ QURANIC CENTRE
Untuk makluman lanjut,
Atau
Hubungi kami di

Tuesday, October 2, 2018

ENGKAU MAKAN KURMA LEBIH BANYAK DARIPADA AKU!

Rasulullah S.A.W. pernah mengundang Ali ibnu Abi Talib untuk makan kurma bersama-sama. Kala itu, Ali ibnu Abi Talib masih kanak-kanak. Setiap kali mereka makan kurma, biji-bijinya mereka sisihkan di tempat masing-masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dirinya memakan terlalu banyak kurma daripada Rasulullah S.A.W. Biji-biji kurma menumpuk lebih banyak di sisi Ali berbanding Rasulullah S.A.W. Maka, Ali secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah S.A.W.




Ali berkata kepada Rasulullah S.A.W., "Wahai utusan Allah, tuan telah memakan kurma lebih banyak daripada aku! Lihatlah biji-biji kurma yang menumpuk di tempatmu." Mendengar kata-kata Ali tersebut, Rasulullah S.A.W. tidak mampu menahan tawa. 

Baginda berkata, "Wahai Ali, kamulah sebenarnya yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau memakan kurma dengan biji-bijinya!". Ali tertawa mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. itu.


Jom sertai kami di
SMART IQ QURANIC CENTRE

Untuk makluman lanjut,
Atau
Hubungi kami di