Wednesday, November 21, 2018

CONTOH FORMAT SOALAN TEMUDUGA MAKTAB MAHMUD & SABK

Kepada calon temuduga Maktab Mahmud dan SABK Negeri Kedah,

Kami bantu anda untuk mengetahui CONTOH FORMAT SOALAN TEMUDUGA  MAKTAB MAHMUD & SABK yang pernah keluar pada tahun sebelum ini.

Semoga ia bermanfaat untuk anda dunia akhirat.









Ingin lebih lanjut anak anda dilatih tubi ,

Mari sertai kami dalam 

BENGKEL TEKNIK LULUS TEMUDUGA MAKTAB MAHMUD & SABK 




Thursday, November 15, 2018

MELIHAT ALAM DENGAN MATA HATI



Dua orang lelaki ditempatkan di dalam sebuah bilik wad hospital. Mereka berdua menunggu rawatan selepas menjalani pembedahan dan rawatan mata. Lelaki pertama, seorang yang masih muda, katilnya berada di tingkap bilik. Lelaki kedua pula sudah hampir mencecah setengah abad usianya. Katilnya jauh dari tingkap bilik. Sebelah matanya cedera dan masih berbalut, malah kakinya lumpuh dari pinggang ke bawah akibat kemalangan. Oleh kerana keadaan sedemikian, dia tidak mampu bergerak dan matanya yang sebelah itu hanya mampu memandang siling wad.

Oleh yang demikian, dia meminta rakan sebiliknya itu menceritakan suasana di luar wad menerusi tingkap. Maka, setiap hari lelaki muda itu akan menceritakan suasana yang dilihatnya di luar tingkap. Pelbagai gambaran kehidupan kedengaran di telinga lelaki tua rakan sebiliknya itu. Digambarkan suasana tasik di luar, bangku kayu di bawah pokok rendang, kehijauan rumput yang terhampar bak permaidani dan pelbagai lagi.

Langskap alam yang indah itu diceritakan saban hari penuh detil tanpa jemu. Penuh perasaan dan penghayatan. Lelaki tua itu bertambah teruja hari demi hari. Dia ingin menatap sendiri keindahan alam itu. Dia ingin bangun dan berjalan menuju ke tingkap. Alhamdulillah, sebelah lagi matanya masih berfungsi. Kini, dia cuma perlu berusaha untuk berdiri dan bertatih.

Sebelum sempat lelaki tua tersebut bertatih, pemuda itu sudah terlebih dahulu keluar dari hospital. Maka, tinggallah lelaki tua dengan segunung harapan untuk melihat langskap alam tersebut. Pada suatu pagi, lelaki tua itu sudah mampu berdiri. Dia maju selangkah demi selangkah ke hadapan lalu menuju ke arah tingkap. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada tasik sebagaimana yang digambarkan oleh rakan sebiliknya. Yang ada hanyalah tembok batu dan pagar hospital.

PENGAJARAN : 

Jika bersedih dan lemah semangat, carilah kembali semangat tersebut di sebalik penciptaan alam ini. Ini kerana di sebalik alam ini tersirat kasih sayang Allah terhadap makhlukNya. Sanggupkah kita menjadi insan yang lemah longlai dan tidak bermaya, sedangkan Allah telah membekalkan segala kemudahan buat hambaNya? Itulah bekal untuk menjadi hamba dan khalifah terbaik.



Thursday, November 8, 2018

DOA AGAR DIBERIKAN KESABARAN MENGHADAPI KERENAH MANUSIA


وَلَمَّا بَرَزُوا لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالُوا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 

   
“Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”
[Al-Baqarah : 250]

Amalan

Ayat ini merupakan doa orang beriman yang menyertai tentera Talut untuk menghadapi tentera Jalut agar Allah melimpahkan kepada mereka kesabaran menghadapi ujian yang berat itu. Perkataan limpahan ini menunjukkan betapa diri mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang kering memerlukan air. Sabar dibandingkan dengan air kerana kedua-duanya mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya. 
[Tafsir al-Sawi]


Tuesday, November 6, 2018

KEM CUTI SEKOLAH 2018



*Kem Cuti Sekolah Kembali Lagi..!*

 Assalamualaikum wbt.

Saya Ustzh Syahrul dari Smart IQ Quranic Centre.

Mak,ayah nak tanya sikit, mesti mak,ayah pening kan dengan aktiviti anak-anak di musim cuti sekolah ???

Mak ayah selalu bimbang kan bila mereka....

  • main game 24 jam
  • melepak dengan kawan2
  • tengok tv pagi sampai malam
  • tiada pantauan waktu cuti sekolah

Jangan bimbang!!! 
Kami disini insyaAllah boleh bantu anak-anak dengan pengisian YANG SANGAT BERMAKNA di musim cuti sekolah ini.


Sesi 1: KEM HUFFAZ & LEADERSHIP

  •  26 November - 6 Disember 2018 ( 8 Hari )
  •  8.00 am-5.00 pm
  •  Isnin-Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai, Alor Setar
Pengisian:
Hafazan Surah Pilihan
Leadership Game
Dibahagi kumpulan kecil yg boleh membaca & tidak boleh.

Disamping Aktiviti OUTDOOR:
Lawatan sambil belajar di lokasi Masjid Zahir, Menara dan lain-lain lagi.



Sesi 2: KEM BACA SAMPAI KHATAM

  •  9-20 Disember 2018 (10 Hari)
  •  8.30am-5.30pm
  •  Ahad - Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih , Kuala Sungai, Alor Setar
Pengisian :
Bacaan Al-Quran 30 juzuk secara TALAQQI di hadapan guru
Peserta mendapat Ijazah Sanad Bacaan juzuk 30
Peserta mesti boleh membaca Al-Quran
Pengisian Tambahan Menarik: Perbincangan hukum-hukum tajwid secara ringkas.



Sesi 3: KEM MAHIR TAJWID

  •  16-20 Disember 2018 ( 5 Hari )
  •  8.00am-5pm
  •  Ahad - Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai
Pengisian Menarik:
Belajar Tajwid dengan mudah dan seronok
Permainan Game bersilibus
 Peserta mesti boleh mambaca Al-Quran dengan baik
Melatih anak-anak untuk Kreatif dalam Pembelajaran serta Kefahaman dalam Ilmu    Tajwid
Pembelajaran Dua Hala.



Sesi 4: KEM HAFAZ JUZUK 30

  • 9-20 Disember 2018 ( 10 Hari )
  •  8.00am-5pm
  •  Ahad- Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai, Alor Setar
Tidak melebihi 18 tahun
Fokus Hafazan Sepenuhnya
Boleh membaca Al-Quran dengan baik
Tamat Hafazan juzuk 30 dalam masa 10 hari



Sesi 5: KEM HAFAZ ULANGAN ULUL ALBAB

  •  26 November - 6 Disember 2018 ( 8 Hari )
  •  8.00am-12.00 pm
  •  Isnin - Khamis
  • Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai, Alor Setar
Program ini:
Terbuka kepada semua pelajar yang ingin menghabiskan silibus / membuat penambahan hafazan / ulangan hafazan yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing.


ANAK-ANAK TUAN/PUAN MESTI TERUJA PUNYA...!
TEMPAH SEAT UNTUK MEREKA SELAGI MASIH ADA!!
ANAK ADALAH SAHAM KITA DI SANA.

TEMPAT ADALAH TERHAD!!!

Sebarang pertanyaan, klik je:
wasap.my/+60194768013/NakTanyaKem

wasap.my/+60194488013/NakTanyaKem

Wednesday, October 31, 2018

JA'FAR BIN ABI TALIB


Beliau merupakan sepupu kepada Rasulullah SAW, dan abang kepada Ali bin Abi Talib. Beliau berusia  20 tahun lebih tua dari Ali. Isteri beliau bernama Asma’ binti Amis.
Dikenali sebagai Abi al-Masakin kerana beliau suka mendampingi golongan fakir miskin.  Ja’far gemar membantu dan berbuat baik terhadap mereka. Beliau merupakan seorang yang bersemngat dalam perjuangannya, bijaksana dan gigih.

Ja’far adalah antara orang yang terawal menerima dan memeluk Islam dan beliau telah menyertai rombongan ke Habsyah. Di sana, beliau menemui raja al-Najashi bagi menyampaikan dakwah Islamiah daripada Rasulullah SAW dan akhirnya mendapat berita kegembiraan apabila raja al-Najashi dan rakyatnya menerima Islam.
Beliau turut menyertai peperangan Khaibar dan tentera Islam beroleh kemenangan di sana. Kepulangan mereka dari Khaibar disambut baik oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Demi Allah, aku tidak tahu mana satu yang gembira dengannya; pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?”

Ja'far bin Abi Talib gugur syahid dalam peperangan Mu’tah bersama Zaid bin Harithah dan Abdullah bin Rawahah. Rasulullah SAW berasa sangat sedih atas kematiannya kerana Baginda amat menyukai dan menyenangi beliau. Sesungguhnya jasa beliau dalam perkembangan Islam amat banyak kerana beliau merupakan seorang yang bijak dan pintar dalam mengatur strategi dan menyebarkan Islam kepada golongan Musyrikin.

Tuesday, October 23, 2018

KATEGORI SURAH

Kesemua 114 surah dalam al-Quran boleh dikategorikan berdasarkan beberapa asas. Ada ulama mengkategorikannya berdasarkan panjang pendek ayat dalam satu-satu surah. Berdasarkan asas ini, ulama Al-Quran mengelompokkan surah-surah kepada 4 kategori iaitu :


1. As-Sab'u at-thiwal (7 surah yang panjang), iaitu surah Al-Baqarah, Ali 'Imran, An-Nisa', Al-A'araf, Al-An'aam, Al-Maidah dan Yunus.

2. Al-Mi'un (surah dengan lebih 100 ayat), seperti Hud, Yusuf, Mu'minun dan lain-lain.

3. Al-Matsani (surah panjang tetapi kurang sedikit dari 100 ayat) seperti Al-Anfal, Al-Hijr dan sebagainya.

4. Al-Mufashshal (surah-surah pendek) seperti Ad-Dhuha, Al-Ikhlas dan sebagainya.

Saturday, October 20, 2018

ALLAH TIDAK JEMU MENGAMPUNI

Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahwa ia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Iblis berkata kepada Tuhannya : 'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada dalam jasad mereka.' 

Allah S.W.T. menjawab : 'Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan daripada-Ku."

[Riwayat Ahmad]

Tuesday, October 16, 2018

ANAKKU PANAS BARAN

Kita biasa melihat anak-anak kecil menangis, menjerit, melontar barang, malah mengeluarkan kata-kata tidak sopan apabila marah. Adakah perlu dibiarkan kerana mereka masih kecil? Bagaimana hendak melentur supaya sifat buruk ini tidak terbawa-bawa hingga dewasa??




TEKNIK MENANGANI MARAH MENURUT PENGAMAL ISLAM

1. Azankan di telinga kanan anak-anak semasa mereka hampir terlelap tidur sebanyak 7 kali.

2. Jaga pemakanan. Elakkan daripada mengambil makanan ringan (jajan), jeruk,air berkarbonat dan buah epal hijau. Sebaliknya, berikan mereka kismis mengikut bilangan ganjil sama ada 7, 14 atau 21.

3. Jaga pergaulan. Jangan biarkan anak-anak berada di luar rumah pada waktu senja sehingga Isyak. Ini kerana waktu ini banyak syaitan berkeliaran.

4. Bacakan surah Al-Soffat, surah al-Jin dan surah Yaasin pada air. Kemudian mandikan anak-anak dengan air tersebut untuk melembutkan hatinya.

Saturday, October 13, 2018

BAGINDA S.A.W. SEDERHANA

Sa'id al-Jurairi r.a. meriwayatkan bahwa Abu Tufail berkata : "Saya pernah melihat Nabi SAW dan tidak ada lagi  di muka bumi ini seorang pun yang pernah melihat beliau selain diriku."


Sa'id yang teruja segera bertanya : "Gambarkanlah baginda kepadaku." 

Abu Tufail berkata : "Baginda putih, elok dan sedang (tidak gemuk dan tidak kurus, tidak tinggi dan tidak pendek)."

[Riwayat al-Tirmizi, Muslim, al-Baihaqi, Ibn Sa'ad dan al-Baghawi]


Thursday, October 11, 2018

AL-HUJURAT (AYAT 11)


Manusia diberikan kelebihan oleh Allah anugerah ‘lisan’ untuk berbicara dalam pelbagai bahasa dan berkomunikasi sesama mereka. Lisan ibarat pedang bermata dua, ia boleh mencegah kemungkaran di tengah masyarakat dan ia juga boleh memecah-belahkan kaum Muslimin menurut kehendak syaitan.

Ayat ke-11 Surah Al-Hujurat menyenaraikan beberapa bentuk kejahatan lisan, antaranya perbuatan merendah-rendahkan sesama saudara yang timbul atas dasar kesombongan dan keangkuhan.

Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud) :
“Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.” 
[Riwayat Muslim]






Sebab turunnya bahagian awal ayat ini ialah apabila sekumpulan sahabat dari bani Tamim mempersendakan Bilal bin Rabah, Salman Al-Farisi dan Ammar bin Yasir yang kesemuanya adalah bekas hamba. Dalam ayat ini Allah SWT menegaskan kepada orang beriman bahawa di sisi Allah SWT, Bilal, Salman dan Ammar adalah lebih mulia dari golongan yang mempersendakan mereka. Allah SWT tidak memandang asal keturunan mereka tapi pengorbanan mereka untuk agama-Nya.

Sebab turunnya bahagian “…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk” dalam ayat ke-11 ini adalah sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Abu Jubayrah ibn Ad-Dahhaak di mana satu ketika Rasulullah SAW pernah memanggil seorang sahabat dengan nama yang biasa beliau dipanggil, maka beberapa sahabat yang lain memberitahu Rasulullah SAW sebenarnya sahabat yang dipanggil itu tidak berapa menyukai panggilan tersebut. Maka bahagian ayat ini pun diturunkan tidak lama kemudian. Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.

Pengajaran dari ayat ini :
Jangan menghina, mencela atau memberi gelaran buruk kepada orang lain kerana mungkin mereka jauh lebih baik.



Saturday, October 6, 2018

TIP BERSAMA AL-QURAN






  • Jangan biarkan hari kita berlalu tanpa membuka dan membaca Al-Quran. 
  • Usahakanlah agar paling tidak sekali sehari mendengar bacaan Al-Quran oleh qari yang kita suka.
  • Simpan mp3 atau program Al-Quran dalam telefon bimbit. Daripada membiarkan masa berlalu dengan menunggu, lebih baik mendengar atau membaca Al-Quran.
  • Miliki mashaf Al-Quran terjemahan untuk rujukan. Tambahan pada hari ini telah Al-Quran terjemahan per kata yang amat membantu kita memahami Al-Quran.
  • Sebagaimana kita ada rancangan untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran, apa kata kita rancangkan juga untuk mengkhatamkan pembacaan tafsir Al-Quran.

Friday, October 5, 2018

TIP MENGERATKAN SILATURRAHIM

1. SEBARKAN SALAM

"Kamu tidak masuk syurga sebelum kamu beriman, kamu tidak beriman sebelum kamu berkasih sayang. Sukakah kamu aku tunjukkan sesuatu, apabila kamu menghayatinya nescaya kamu berkasih sayang : Sebarkan salam dalam kalangan kamu." 
(Riwayat Muslim)

2. MENJAMU MAKAN

Seorang lelaki bertanya Nabi : "Mana satu antara ciri Islam terbaik?" Sabda Nabi S.A.W., "Mengadakan jamuan makan dan mengucap salam kepada orang yang kamu kenali dan yang tidak dikenali." (Riwayat Muslim)

3. MENYAMBUNG HUBUNGAN YANG TERPUTUS

"Tidak dikira orang menghubungkan silaturrahim dengan bertukar pemberian, tetapi orang yang menghubungkan silaturrahim ialah orang yang apabila hubungannya diputuskan, dia menghubunginya." (Riwayat Al-Bukhari)


Jom sertai kami di
SMART IQ QURANIC CENTRE

LIKE AND SHARE
Page : SMART I Q Quranic Centre


Atau
Hubungi kami di
http://hafazan01.wasap.my
http://hafazan02.wasap.my

Thursday, October 4, 2018

CARA RASULULLAH S.A.W. MENERIMA WAHYU.

Pernahkah terfikir bagaimana keadaan Rasulullah S.A.W. menerima wahyu??




Rasulullah S.A.W. menerima wahyu bukan dengan satu cara sahaja. 
Ada beberapa cara, antaranya :

1. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dalam bentuk manusia. 

  • Malaikat Jibril menemui Nabi S.A.W. dalam rupa manusia yang boleh dilihat oleh Nabi S.A.W. Lalu Jibril membacakan firman Allah S.W.T. kepada Nabi S.A.W., Rasulullah S.A.W. pun mengingatnya.
2. Malaikat Jibril memasukkan terus ke dalam hati Nabi S.A.W. 
  • Malaikat Jibril memasukkan wahyu ke dalam hati Nabi Muhammad S.A.W. tanpa bertemu secara langsung dengan Rasulullah, tanpa memperlihatkan kehadirannya. Kesannya, Nabi S.A.W. tiba-tiba sahaja merasakan wahyu itu telah berada di dalam hatinya.
3. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dalam rupa asalnya, diiringi bunyi yang gemersik        sekali seperti bunyi loceng.
  • Cara ini adalah yang paling berat sekali, sebagaimana diakui oleh Rasulullah S.A.W.  sendiri. Terdapat hadis yang merakamkan hal ini. Ada ketikanya baginda berpeluh-peluh tidak semena-mena sedangkan cuaca ketika itu dingin. Ada ketika pula unta yang sedang ditunggangi terduduk tidak mampu bergerak disebabkan beratnya wahyu yang ditanggung oleh baginda.

Jom sertai kami di
SMART IQ QURANIC CENTRE
Untuk makluman lanjut,
Atau
Hubungi kami di

Tuesday, October 2, 2018

ENGKAU MAKAN KURMA LEBIH BANYAK DARIPADA AKU!

Rasulullah S.A.W. pernah mengundang Ali ibnu Abi Talib untuk makan kurma bersama-sama. Kala itu, Ali ibnu Abi Talib masih kanak-kanak. Setiap kali mereka makan kurma, biji-bijinya mereka sisihkan di tempat masing-masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dirinya memakan terlalu banyak kurma daripada Rasulullah S.A.W. Biji-biji kurma menumpuk lebih banyak di sisi Ali berbanding Rasulullah S.A.W. Maka, Ali secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah S.A.W.




Ali berkata kepada Rasulullah S.A.W., "Wahai utusan Allah, tuan telah memakan kurma lebih banyak daripada aku! Lihatlah biji-biji kurma yang menumpuk di tempatmu." Mendengar kata-kata Ali tersebut, Rasulullah S.A.W. tidak mampu menahan tawa. 

Baginda berkata, "Wahai Ali, kamulah sebenarnya yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau memakan kurma dengan biji-bijinya!". Ali tertawa mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. itu.


Jom sertai kami di
SMART IQ QURANIC CENTRE

Untuk makluman lanjut,
Atau
Hubungi kami di

Thursday, September 27, 2018

ERTI SYUKUR

Dalam surah Ar-Rahman ayat “Fabiayyi ‘aalaa’I Rabbikumaa Tukadzdzibaan” diulang sebanyak 31 kali. Kepada siapa ayat tersebut ditujukan dan mengapa diulang sampai 31 kali??



فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”


Ayat ini ditujukan kepada manusia dan jin.

Hikmahnya diulang 31 kali kerana Allah ingin mengingatkan manusia bahawa seluruh nikmat itu datangnya dari Allah S.W.T dan betapa pentingnya manusia bersyukur atas nikmat-nikmat tersebut.

Orang yang paling bersyukur di dunia adalah orang yang paling bahagia.
Bersyukurlah tak kira dalam keadaan susah dan senang. 

Pasti hati bahagia.

-----------------------------------------------------------------------

Jom sertai kami di
SMART IQ QURANIC CENTRE


Untuk makluman lanjut,
Atau
Hubungi kami di






Wednesday, September 26, 2018

BAGAIMANA MENINGKATKAN PRESTASI OTAK??

Membaca Al-Quran dapat memperkasa otak kerana Al-Quran mengandungi pelbagai cerita. 

Ada cerita motivasi dan inspirasi. Ada cerita amaran dan ancaman. Membaca Al-Quran dengan maknanya akan merembeskan oxytocin. 

Kesan oxytocin membuatkan fokus pembaca meningkat dan prestasi otak meningkat.

Bacalah Al-Quran dengan maknanya kerana kesannya hebat pada otak. Baca setiap hari.

Thursday, September 20, 2018

TEMUDUGA ULUL ALBAB : SAMA ADA MRSM ULUL ALBAB ATAU SMKA ULUL ALBAB ATAU LAIN LAIN SEKOLAH BERTERASKAN TAHFIZ ?

Antara sebab kenapa waris sanggup bersesak hadiri bengkel ini...👇👇👇
Temuduga Ulul Albab akan berlangsung tak lama lagi : 9 sebab kenapa anda perlu ikuti program Teknik Lulus Temuduga Ulul Albab

Segera hubungi kami kerana kami menjalankan latihan intensif ini di 11 lokasi di Malaysia

019 476 8013
019 448 8013

https://quranic.stiq.com.my/bengkel_temuduga/

TEMUDUGA ULUL ALBAB : KENAPA PERLU SERTAI PROGRAM INI UNTUK MEMASUKI SEKOLAH ULUL ALBAB @ TAHFIZ SAINS


Teknik Lulus Temuduga Ulul Albab
Published by Nur Raudhah Mohd Sharif

Anda kenal ibu yang mempunyai anak UPSR di Sekolah Rendah Aliran Agama yang ingin tahu tentang Teknik Lulus Temuduga Ulul Albab?🤔
Pernah Dengar/Alami Keadaan Macam Ini Tak? 😣
1-“Saya teringin nak hantar anak ke MRSM Ulul Albab dengan harapan boleh jadi Huffaz Profesional, buat saham saya di akhirat. Tapi saya tak tahu caranya. Prejudis kah saya kepada anak saya?"
2-“Saya tengok anak orang lain mudah sahaja nak lulus temuduga ulul albab, tapi kenapa tidak anak saya? Apa yang perlu saya lakukan untuk bantu anak saya?”
Bayangkan Smart IQ Quranic Centre boleh selesaikan masalah ini melalui Bengkel Teknik Lulus Temuduga Ulul Albab.
📅Bakal berlangsung bermula OKTOBER DAN NOVEMBER 2018 disetiap Negeri
.
🕰1 Hari sahaja (8.00 Pagi - 6.00 Petang)
.
👩‍🏫Dibimbing SEPENUHNYA oleh Ybhg. Ustazah Syahrul Haninah (al Hafizah) yang pernah terlibat secara langsung sebagai PENEMUDUGA ULUL ALBAB
*******************
Bagaimana ia membantu anda?
.
1- Temui WAKIL ULUL ALBAB atau TAHFIZ SAINS terpilih terpilih UNTUK MENYAMPAIKAN TAKLIMAT SENDIRI tentang format dan pemarkahan temuduga kepada waris.
.
2- Anak anda diberi pendedahan tentang teknik temuduga MENGIKUT FORMAT PEMARKAHAN yang dilaksanakan.
.
3- Anak anda akan menjalani AKTIVITI LATIH TUBI secara praktikal dan simulasi temuduga SEPERTI SITUASI SEBENAR, bagi memberi pendedahan suasana temuduga sebenar kepada anak anak.
.
4- Latihan latih tubi dijalankan DALAM KELOMPOK YANG KECIL agar anak anda tidak terlepas dan lebih fokus.
.
5- Satu-satunya Bengkel Teknik Lulus Temuduga Ulul Albab @ Tahfiz Sains di Malaysia dengan pengalaman selama 3 tahun.
******************
Yuran Sebenar : RM190.
Ingin Daftar dengan yuran HANYA RM150?
Potongan diskaun/ jimat RM40
Jumlah yuran keseluruhan setelah PROMOSI yang kami berikan adalah merangkumi :
📚 modul-modul
🧑 Jurulatih pakatan (pernah menjadi panel Temuduga Ulul Albab)
👨‍🏫Penceramah & fasilitator pembimbing
📖bahan-bahan & maklumat bercetak
🍎 minum pagi & makan tengahari
👜 beg
🥇 sijil
📒 bahan ujian latih tubi berdasarkan soalan tahun lalu
🏠Penyediaan tempat seminar
.
📘BUKU PANDUAN & MAKLUMAT LENGKAP ULUL ALBAB & TAHFIZ SAINS SETIAP NEGERI DI MALAYSIA
.
.
Untuk layak mendapat harga promosi, Puan perlulah membayar penuh RM 150.00/orang SECARA ONLINE atau CDM untuk Puan SAHKAN booking seat peserta memandangkan tempat adalah sangat terhad.
.
.
[Kaedah Daftar]
.
=======
BANK 1
=======
Bank In secara ONLINE atau CDM-Cash Deposit Machine
ke akaun CIMB Islamic Bank Berhad
.
No Akaun : 8603-0723-84
Atas nama : SMART IQ QURANIC CENTRE
.
=======
BANK 2
=======
Bank In secara ONLINE atau CDM-Cash Deposit Machine
ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad
.
No Akaun : 02011010135232
Atas nama : SMART IQ QURANIC CENTRE
.
Setelah bayar, sila Whatsapp Resit bukti bayaran yang berikut, ke nombor 019-4488013 selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh program.
📌 No rujukan transaksi
📌 Nama Penuh
📌 No IC:
📌 Masa/Tarikh Bayaran:
.
2- Daftar secara whats app: 📲
a- Klik Link What’s App www.wasap.my/+60194488013/BUATS ATAU
b- Whats App ke +6019-4488013
.
2- Daftar secara ONLINE 💻
KLIK http://bit.ly/BUATS18
.
.
TERHAD SETIAP NEGERI 200 PESERTA SAHAJA. BERGANTUNG SIAPA YANG LEBIH DAHULU BERDAFTAR DALAM ONLINE.