Wednesday, November 21, 2018

CONTOH FORMAT SOALAN TEMUDUGA MAKTAB MAHMUD & SABK

Kepada calon temuduga Maktab Mahmud dan SABK Negeri Kedah,

Kami bantu anda untuk mengetahui CONTOH FORMAT SOALAN TEMUDUGA  MAKTAB MAHMUD & SABK yang pernah keluar pada tahun sebelum ini.

Semoga ia bermanfaat untuk anda dunia akhirat.









Ingin lebih lanjut anak anda dilatih tubi ,

Mari sertai kami dalam 

BENGKEL TEKNIK LULUS TEMUDUGA MAKTAB MAHMUD & SABK 




Thursday, November 15, 2018

MELIHAT ALAM DENGAN MATA HATI



Dua orang lelaki ditempatkan di dalam sebuah bilik wad hospital. Mereka berdua menunggu rawatan selepas menjalani pembedahan dan rawatan mata. Lelaki pertama, seorang yang masih muda, katilnya berada di tingkap bilik. Lelaki kedua pula sudah hampir mencecah setengah abad usianya. Katilnya jauh dari tingkap bilik. Sebelah matanya cedera dan masih berbalut, malah kakinya lumpuh dari pinggang ke bawah akibat kemalangan. Oleh kerana keadaan sedemikian, dia tidak mampu bergerak dan matanya yang sebelah itu hanya mampu memandang siling wad.

Oleh yang demikian, dia meminta rakan sebiliknya itu menceritakan suasana di luar wad menerusi tingkap. Maka, setiap hari lelaki muda itu akan menceritakan suasana yang dilihatnya di luar tingkap. Pelbagai gambaran kehidupan kedengaran di telinga lelaki tua rakan sebiliknya itu. Digambarkan suasana tasik di luar, bangku kayu di bawah pokok rendang, kehijauan rumput yang terhampar bak permaidani dan pelbagai lagi.

Langskap alam yang indah itu diceritakan saban hari penuh detil tanpa jemu. Penuh perasaan dan penghayatan. Lelaki tua itu bertambah teruja hari demi hari. Dia ingin menatap sendiri keindahan alam itu. Dia ingin bangun dan berjalan menuju ke tingkap. Alhamdulillah, sebelah lagi matanya masih berfungsi. Kini, dia cuma perlu berusaha untuk berdiri dan bertatih.

Sebelum sempat lelaki tua tersebut bertatih, pemuda itu sudah terlebih dahulu keluar dari hospital. Maka, tinggallah lelaki tua dengan segunung harapan untuk melihat langskap alam tersebut. Pada suatu pagi, lelaki tua itu sudah mampu berdiri. Dia maju selangkah demi selangkah ke hadapan lalu menuju ke arah tingkap. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada tasik sebagaimana yang digambarkan oleh rakan sebiliknya. Yang ada hanyalah tembok batu dan pagar hospital.

PENGAJARAN : 

Jika bersedih dan lemah semangat, carilah kembali semangat tersebut di sebalik penciptaan alam ini. Ini kerana di sebalik alam ini tersirat kasih sayang Allah terhadap makhlukNya. Sanggupkah kita menjadi insan yang lemah longlai dan tidak bermaya, sedangkan Allah telah membekalkan segala kemudahan buat hambaNya? Itulah bekal untuk menjadi hamba dan khalifah terbaik.



Thursday, November 8, 2018

DOA AGAR DIBERIKAN KESABARAN MENGHADAPI KERENAH MANUSIA


وَلَمَّا بَرَزُوا لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالُوا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 

   
“Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”
[Al-Baqarah : 250]

Amalan

Ayat ini merupakan doa orang beriman yang menyertai tentera Talut untuk menghadapi tentera Jalut agar Allah melimpahkan kepada mereka kesabaran menghadapi ujian yang berat itu. Perkataan limpahan ini menunjukkan betapa diri mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang kering memerlukan air. Sabar dibandingkan dengan air kerana kedua-duanya mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya. 
[Tafsir al-Sawi]


Tuesday, November 6, 2018

KEM CUTI SEKOLAH 2018



*Kem Cuti Sekolah Kembali Lagi..!*

 Assalamualaikum wbt.

Saya Ustzh Syahrul dari Smart IQ Quranic Centre.

Mak,ayah nak tanya sikit, mesti mak,ayah pening kan dengan aktiviti anak-anak di musim cuti sekolah ???

Mak ayah selalu bimbang kan bila mereka....

  • main game 24 jam
  • melepak dengan kawan2
  • tengok tv pagi sampai malam
  • tiada pantauan waktu cuti sekolah

Jangan bimbang!!! 
Kami disini insyaAllah boleh bantu anak-anak dengan pengisian YANG SANGAT BERMAKNA di musim cuti sekolah ini.


Sesi 1: KEM HUFFAZ & LEADERSHIP

  •  26 November - 6 Disember 2018 ( 8 Hari )
  •  8.00 am-5.00 pm
  •  Isnin-Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai, Alor Setar
Pengisian:
Hafazan Surah Pilihan
Leadership Game
Dibahagi kumpulan kecil yg boleh membaca & tidak boleh.

Disamping Aktiviti OUTDOOR:
Lawatan sambil belajar di lokasi Masjid Zahir, Menara dan lain-lain lagi.



Sesi 2: KEM BACA SAMPAI KHATAM

  •  9-20 Disember 2018 (10 Hari)
  •  8.30am-5.30pm
  •  Ahad - Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih , Kuala Sungai, Alor Setar
Pengisian :
Bacaan Al-Quran 30 juzuk secara TALAQQI di hadapan guru
Peserta mendapat Ijazah Sanad Bacaan juzuk 30
Peserta mesti boleh membaca Al-Quran
Pengisian Tambahan Menarik: Perbincangan hukum-hukum tajwid secara ringkas.



Sesi 3: KEM MAHIR TAJWID

  •  16-20 Disember 2018 ( 5 Hari )
  •  8.00am-5pm
  •  Ahad - Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai
Pengisian Menarik:
Belajar Tajwid dengan mudah dan seronok
Permainan Game bersilibus
 Peserta mesti boleh mambaca Al-Quran dengan baik
Melatih anak-anak untuk Kreatif dalam Pembelajaran serta Kefahaman dalam Ilmu    Tajwid
Pembelajaran Dua Hala.



Sesi 4: KEM HAFAZ JUZUK 30

  • 9-20 Disember 2018 ( 10 Hari )
  •  8.00am-5pm
  •  Ahad- Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai, Alor Setar
Tidak melebihi 18 tahun
Fokus Hafazan Sepenuhnya
Boleh membaca Al-Quran dengan baik
Tamat Hafazan juzuk 30 dalam masa 10 hari



Sesi 5: KEM HAFAZ ULANGAN ULUL ALBAB

  •  26 November - 6 Disember 2018 ( 8 Hari )
  •  8.00am-12.00 pm
  •  Isnin - Khamis
  • Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai, Alor Setar
Program ini:
Terbuka kepada semua pelajar yang ingin menghabiskan silibus / membuat penambahan hafazan / ulangan hafazan yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing.


ANAK-ANAK TUAN/PUAN MESTI TERUJA PUNYA...!
TEMPAH SEAT UNTUK MEREKA SELAGI MASIH ADA!!
ANAK ADALAH SAHAM KITA DI SANA.

TEMPAT ADALAH TERHAD!!!

Sebarang pertanyaan, klik je:
wasap.my/+60194768013/NakTanyaKem

wasap.my/+60194488013/NakTanyaKem