Wednesday, March 27, 2019

BAIKI HUBUNGAN DENGAN ANAK-ANAK...[ 10 KESILAPAN SERING DILAKUKAN PADA ANAK-ANAK].. Yang ke 6 hingga ke 10 paling sentap


By : Ustazah Syahrul Haninah Binti Mohd Salleh
Pengarah Urusan Smart IQ Quranic Centre
.
Saya nak kongsikan mendidik anak-anak supaya membangunkan jiwa dan minda mereka.
.
Terdapat 10 kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa dalam mendidik anak anak:
1) Sering memarahi mereka tanpa memberitahu apa kesilapan yang mereka lakukan dan apa alternatif yang boleh mereka lakukan .
.
2) Tidak menunjukkan contoh yang terbaik dari segi amalan agama, adab dan akhlak  di dalam rumah , menyebabkan anak-anak akan meniru perkara yang buruk
.
3) Banyak pantang larang dalam rumah tetapi jarang memberi tips bagaimana ingin mengelakkan daripada melakukan pantang larang tersebut.
.
4) Tidak memberi penghargaan saat di mana anak-anak kita berjaya melakukan perubahan dalam hidup
.
5) Tidak menyebut nama anak dan membayangkan wajah mereka ketika berdoakan pada Allah
.
6) Tidak mengajak anak-anak turut serta dalam program-program tarbiyyah .
.
7) Sudah tahu tak ada kemampuan mentarbiyyah anak anak tetapi kedekut nak keluarkan duit hantar anak-anak ke program pembangunan dan program tarbiyyah .
.
8) Boleh belanja duit untuk keseronokan dan hiburan keluarga tetapi sangat'berkira' untuk membelanjakan duit kearah tarbiyyah anak-anak.
.
9) Banyak komplen bila guru disekolah atau fasi dalam kem mendidik anak-anak kita. Banyak menyebelahi anak-anak dalam pelbagai sudut.
.
10) Tidak meletakkan tarbiyyah anak-anak sebagai keutamaan dalam pembangunan diri mereka.
.
.
[PROGRAM REHLAH TARBAWI 2019]
.
Sempena cuti Israk Mikraj, jom bawa anak anak bersama kami dalam tarbiyyah santai .
.
Program seperti berikut : 
🍄 Tarikh : 3 April 2019 ( Rabu)
🍄 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tgh hari
🍄 Tempat : Taman Rimba, Alor Setar
🍄 Bayaran : 💯% PERCUMA 
.
📌Terbuka kepada pelajar berumur 7 - 18 tahun.
.
ANTARA PENGISIAN MENARIK SEPANJANG PROGRAM :
 Ice Breaking
 Riadah dan senaman pagi
 Pengisian Santai berkumpulan
 Pembentukan Akhlak & Sahsiah
 Islamic Game
.
🚘 Peserta diminta HADIR ke tempat program SENDIRI serta bawa bersama SARAPAN PAGI 🍩
.
TEMPAT BERKUMPUL DI DATARAN TAMAN RIMBA
.
Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi:
.
Daftar segera untuk cuti yang bermanfaat buat anak-anak anda 🤗🌷
.
Link pendaftaran online program qiamullail, rehlah dan kem cuti sekolah :