Friday, May 12, 2017

|KEM SMART HUFFAZ GENIUS EDISI RAMADHAN anjuran SMART IQ QURANIC CENTRE|










|KEM SMART HUFFAZ GENIUS EDISI RAMADHAN anjuran SMART IQ QURANIC CENTRE| Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/fa/1/16/1f343.png🍃
.
Program ini dianjurkan khas kepada pelajar-pelajar 
Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f65/1/16/1f64b_1f3fb_200d_2640.png🙋🏻Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f67/1/16/1f64b_1f3fb_200d_2642.png🙋🏻‍♂yang berumur Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f34/1/16/37_20e3.png7-Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f7a/1/16/31_20e3.png1Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f53/1/16/38_20e3.png8tahun bagi menambahkan AKTIVITI KEROHANIAN berbentuk ILMIAH & SANTAI di bulan RAMADHAN YANG MULIA INI bersempena MUSIM CUTI SEKOLAH ini Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f7f/1/16/1f60a.png😊Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/ff4/1/16/2728.png
.
BUTIRAN Program tersebut adalah seperti berikut : Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f8a/1/16/1f447_1f3fb.png
👇🏻
Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f8b/1/16/1f344.png
🍄 Tarikh : 29 Mei - 1 Jun 2017 (Isnin-Khamis)
Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f8b/1/16/1f344.png🍄 Masa : 7.30 pagi - 4.00 petang 
Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f8b/1/16/1f344.png
🍄 Tempat : Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Alor Setar 

Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/fac/1/16/1f4cc.png📌Terbuka kepada pelajar berumur 7 - 18 tahun. Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/fac/1/16/1f4cc.png📌
.
ANTARA PENGISIAN MENARIK SEPANJANG PROGRAM : 
Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f33/1/16/2705.png
 Ice Breaking 
Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f33/1/16/2705.png
 Sunnah Ramadhan Kareem 
Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f33/1/16/2705.png
 Pengisian Santai
Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f33/1/16/2705.png
 Pembentukan Akhlak & Sahsiah 
Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f33/1/16/2705.png
 Islamic Game
.Hafazan Al-Quran
..
Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f4d/1/16/1f4de.png
📞Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut sila hubungi 019-448 8013 @ 019-476 8013 Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f4d/1/16/1f4de.png📞
.
Daftar segera untuk musim CUTI PERSEKOLAHAN EDISI RAMADHAN YANG BERMANFAAT buat anak-anak anda Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/fb7/1/16/1f917.png
🤗Description: https://www.facebook.com/images/emoji.php/v8/f6f/1/16/1f337.png🌷

ANAK ANUGERAH ALLAH...




Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin menjelaskan bahawa anak adalah amanah Allah kepada orang tua. Hatinya masih suci bagaikan acuan asli yang masih bersih daripada segala corak dan warna. Jika dibiasakan dan dibina untuk menjadi baik maka ia akan menjadi baik. Kedua-dua orang tua, para guru dan pendidiknya pun akan menuai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebaliknya, bila dibiasakan terhadap keburukan, maka buruklah jadinya.



DIANTARA GAMBAR AKTIVITI ANAK-ANAK PELAJAR KELAS HAFAZAN MINGGUAN ^_^

Wednesday, May 10, 2017

KELEBIHAN ORANG MENGHAFAL 30 JUZUK

                                    

AL-KISAH....


“Fath, anta nak tak masuk Maahad Tahfiz?” Tanya seorang rakan baik yang sedang belajar di Tahfiz.
“Maahad tahfiz tu macam mana belajarnya” Tanya ku spontan.
“Macam biasalah, hafal al-quran, belajar feqah, belajar tauhid dan lain-lain lagi” jawab dia selamber.
“Banyak kelebihan tau orang hafal al-Quran ni” tambahnya lagi.
Uish bestnya, mataku seakan-akan keluar segala jenis bintang2 yang bersinar pada masa itu, macam hendak ikut program skim cepat kaya sahaja lagaknya.
Teringat perbualan di atas dahulu ketika sedang menunggu keputusan UPSR, akibat degil cakap Umi, terus setahun tidak dapat apa-apa duduk di Tahfiz. Umiku berharap agar aku masuk ke sekolah asrama penuh. Alhamdulillah, banyaknya hikmah yang tersembunyi.
Berusahalah, mengisi borang sendiri dan persiapan temuduga sendiri di samping memujuk ayah yang baik hati agar menghantar aku ke temuduga Maahad Tahfiz. Begitulah serba sedikit kisah aku dahulu.
Pada penulisan kali ini saya ingin berkongsi mengenai kelebihan orang yang menghafal Al-quran. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Al-quran adalah kitab suci yang perlu kita jaganya sehingga hari kiamat di samping isinya yang sangat bermukjizat sehingga tiada seorang pun dari kalangan manusia yang dapat menandinginya. Isi kandungannya dapat menyelesaikan setiap masalah kehidupan yang ada di dunia ini bagi sesiapa yang ingin mengambil pengajaran dan pelajaran daripadanya.
Di dalam al-quran Allah telah berjanji bahawa dia akan menjaga Al-quran sehingga hari kiamat. Allah menjaganya dari hilang dengan meletakkannya di dalam hati-hati orang yang menghafal al-quran, sebab itulah Allah memudahkan manusia untuk menghafalnya di samping jumlah ayatnya yang tidak terlalu banyak dan tidaklah terlalu sedikit. Kalau kita menghafal buku ekonomi semuka, agak-agak berapa lama tempohnya, dah la boring bak kata kawan saya.
Berbeza dengan Al-quran, kita terasa mudah dan seronok untuk menghafalnya, terasa tenang kerana ia dibaca dengan berlagu. Subhanallah, kehebatan al-quran yang tiada tandingannya. Saya hafal al-quran dahulu di tahfiz, semuka hanya 15 minit. Mudah dan cepatkan. Sebab itulah saya berani cakap bahawa al-quran sangat-sangat istimewa.
Allah bukan sahaja menurunkan al-quran semata-mata untuk dihafal di samping ia menjadi kitab rujukan manusia, bahkan Allah telah menyediakan ganjaran yang sangat banyak kepada orang yang menghafalnya sama ada di dunia dan di akhirat. Ada pernah dengar orang yang menghafal al-quran mati kelaparan? Ada pernah dengar orang yang menghafal al-quran minta sedeqah? Kalau ada buktikan pada saya. Saya jamin tidak akan ada. Kalau ada pun mungkin dia menghafal al-quran tetapi akhlaknya bukan dari akhlak al-quran.
Selain itu juga, orang yang menghafaz al-quran ini sangat mudah untuk menguasai ilmu yang dipelajarinya. Saya telah lihat banyak buktinya daripada beberapa orang sahabat saya yang menghafal al-quran. Mereka memasuki tahfiz selama beberapa tahun pada awalnya, di situ mereka langsung tidak diberi pendedahan mengenai subjek akademik seperti di sekolah-sekolah yang lain yang setiap harinya belajar akademik. Tetapi apabila tahun itu adalah tahun untuk mereka mengambil SPM, mereka belajar sendiri atau pun menumpang ke sekolah-sekolah agama dan sekolah harian biasa selama setahun dua lebih kurang.
Apabila keputusan keluar sahaja, keputusan mereka amat-amat lah cemerlang berbanding pelajar-pelajar sekolah harian biasa yang setiap harinya adalah menghadap buku akademik semenjak dari tingkatan 1, ada yang dapat keputusan 10 A, ada yang dapat 9 A dan sebagainya. Junior saya mendapat 8 A baru-baru ini dan dia pun hendak belajar ke Jordan. Best kan al-quran tu.
“Ustaz, kami cemburulah dengan pelajar-pelajar tahfiz, kami pun hendak hafal al-quran, tapi tidak berkesempatan” beberapa orang remaja mengadu.
“Allah swt itu maha adil wahai saudaraku. Dia tetap akan memberi kebaikan pada siapa yang dikehendakinya. Kalau kita selalu membaca al-quran, beramal dengan isi kandungan al-quran, berakhlak dengan isi kandungan al-quran, istiqomah hafal sedikit demi sedikit. Insyaallah, pada hari kiamat nanti kamu pun akan dibangkitkan sebagai orang yang ahli al-quran juga sekaligus mendapat syafaat dari al-quran” jawab ku tenang.
Saya selitkan beberapa kelebihan orang yang menghafal al-Quran mengikut al-Quran dan As-sunnah.
Pertama : Ganjaran di dunia.
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam hadis Nabi saw terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.
1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia”. Lalu mereka bertanya : “Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?” Jawab baginda : “Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.
Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya: “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)
4. Al-Quran menjanjikan kebaikan.
Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud, “Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring.” Berdasarkan ayat ini ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran dalam setiap keadaan. Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta peraturan tertentu
Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kedua : Ganjaran di akhirat
1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga.
Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : “Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit).”(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).
3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf”.
(Hadis Riwayat Tarmizi)
kesimpulan
Al-Quran mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Pelbagai kajian dilakukan daripada dahulu sampai sekarang, berapa banyak rahsia-rahsianya telah dicungkil keluar. Kajian terhadapnya tidak akan habis sampai bila-bila. Begitulah kelebihan yang ada pada al-Quran, tetapi tidak ramai pun manusia yang ingin mengambilnya sebagai wasilah kehidupan. Tambahan pula orang yang menghafal dan membacanya selalu, maka bertambah-tambahlah keberkatan al-Quran di dalam kehidupannya dan kehidupan orang yang dekat dengannya.
Jangan khuatir, jika kita tidak menghafal al-Quran, boleh jadi suami kita nanti seorang yang menghafal al-Quran, atau isteri kita, atau anak-anak kita, atau cucu-cucu kita kelak. Cuma, kita jangan putus asa berdoa kepada Allah swt agar diberi kesempatan. Insyaallah, kita akan merasai keberkatannya di dalam kehidupan kita semua jika al-Quran menjadi satu cara hidup.
Sebab itu janji Allah swt.