وَلَمَّا بَرَزُوا لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالُوا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan
tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar
kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami
terhadap kaum yang kafir.”
[Al-Baqarah : 250]
Amalan
Ayat ini merupakan doa orang beriman yang menyertai
tentera Talut untuk menghadapi tentera Jalut agar Allah melimpahkan kepada
mereka kesabaran menghadapi ujian yang berat itu. Perkataan limpahan ini
menunjukkan betapa diri mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang
kering memerlukan air. Sabar dibandingkan dengan air kerana kedua-duanya
mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya.
[Tafsir al-Sawi]
No comments:
Post a Comment