Sejak beberapa
hari lalu, viral di sosial media mengenai seorang budak dua tahun bernama Ahmad
Ziyyad Mohd Zahir mampu meghafal 42 surah Al-Quran. Berita ini mula menjadi
perhatian netizen apabila dia dikatakan boleh menghafal ayat-ayat Al-Quran.
Menurut ibunya Ahmad Ziyyad mula menunjukkan minat untuk
menghafal Al-Quran sejak dari 11 bulan lagi apabila dia melihat mulut dan gaya
bacaan ibunya walaupun sebutannya kurang jelas. Subhanallah! Hebatnya kan adik ni kecik-kecik lagi dah boleh
hafal Al-Quran.
Ahmad Ziyyad
sememangnya luar biasa! namun itu tak bermakna kanak-kanak lain tidak mampu
melakukannya.
Kelebihan
menghafal sudah diketahui ramai. Cuma cara untuk membimbing dan mendidik anak-anak jarang dikongsikan.
Cara
untuk mengajar anak membaca Al Quran boleh diterapkan di dalam kehidupan
seharian, malah ia juga boleh mulai dari seawal 6 bulan. Disini, kami ingin
kongsikan tips-tips untuk mendidik anak-anak menghafal Al Quran.
1. Mulakan dengan memberikan si kecil anda mendengar ayat suci Al
Quran
Anda
boleh mula mendidik anak-anak membaca Al Quran semasa dia dalam kandungan.
Setiap detik basahi mulut anda dengan ayat-ayat Al Quran. Anda juga perlu tanamkan
niat. Niatlah supaya anak mendengar ayat-ayat Al Quran yang dibaca oleh ibunya
dan kerana Allah. In Shaa Allah anak anda akan berkembang dengan bijak apabila
mendengar ayat-ayat Al Quran.
2.
Gunakan
dengan bantuan alat mengajar untuk anak-anak
Pada
usia 6 bulan, kita
boleh ajar mereka dengan menggunakan flashcard. Bayi hanya boleh
lihat dengan 3 warna sahaja, putih, hitam dan merah, iaitu, kertas
berwarna putih, tulisan huruf warna hitam dan baris bewarna merah. Flash kan
setiap hari paling kurang 2 kali sehari. Sekali flash hanya 15 saat sahaja.
Pilih 5
huruf untuk minggu pertama.
3.
Memasang
CD/ kaset didalam kereta
Tambahan
lagi, untuk mendidik anak anda, pasangkan CD/kaset Al Quran di dalam kereta,
tidak kira pergi ke mana-mana.
4. Jadikan
Halaqah/Usrah membaca Al Quran di dalam Rumah Anda
Susun
jadual rumah anda, setiap hari selepas maghrib halaqah/usrah membaca Al Quran.
Kalau tak dapat setiap hati, pastikan seminggu sekali. Satu keluarga
bersama-sama membaca Al Quran. Dengan ini si kecil juga akan dapat mendengarnya
sekali. Kecintaan anak-anak anda terhadap Al Quran akan semakin membuak-buak.
5. Bina suasana di rumah Al Quran di Mana-Mana
Hashtag
#AlQuranDiManaMana kalau bahasa zaman teknologi sekarang. Maksudnya di sini, letakkan Al Quran di tempat yang
mudah untuk dicapai dan mudah untuk dilihat oleh anak-anak anda. Dengan ini,
anak anda akan mula mencintai untuk membacanya.
6. Baca Sebelum,
Semasa & Selepas Tidur
Tidur
adalah antara masa yang penting untuk memasukkan memori dalam minda anak-anak.
Kita perlu memasukkan Al Quran dalam hati dan otak anak ketika SEBELUM TIDUR, SEMASA DAN
SELEPAS BANGUN TIDUR. Sebelum mereka tidur (tidur pada waktu
malam), pasangkan alunan Al Quran secara sayup-sayup di tempat anak tidur.
Jangan pasang terlalu kuat. Lebih baik lagi, pasangkan sehingga waktu pagi. Ini
kerana, kanak-kanak atau bayi akan terjaga banyak kali pada setiap malam
No comments:
Post a Comment