<<TAK RUGI MELABUR UNTUK ANAK-ANAK MENGHAFAL AL-QURAN KERANA ANAK
YANG SOLEH BOLEH MENJADI ASET DAN SAHAM AKHIRAT BUAT IBU BAPA>>
Menghafal al-quran
merupakan satu perbuatan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dan mengharapkan
ganjaran pahala di dunia dan di akhirat. Justeru, Allah SWT telah menjanjikan
ganjaran yang cukup besar kepada mereka semua tidak kiralah di duniamahupun di
akhirat. Antara 5 kelebihan seorang penghafal al-Quran di dunia adalah
:
Orang yang menghafal al-Quran merupakan seorang
yang lebih dekat dengan Allah SWT. Hal ini demikian kerana ayat-ayat suci
al-Quran tersimpan di dalam dada mereka dan mereka berusaha untuk
mengekalkannya dengan baik. Para penghafal al-Quran akan sentiasa
"murojaah" atau mengulang bacaan al-Quran mereka dengan tujuan untuk
menjaga hafalan mereka. Oleh hal yang demikian, hati mereka akan sentiasa
mrngingati Allah SWT, dan sesungguhnya hati yang sentiasa mengingati Allah SWT
akan mendapatkan ketenangan seperti yang telah dinyatakan di dalam surah
Al-Ra'd, ayat ke 28 yang berbunyi :
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”
2. Mereka diangkat sebagai seorang pemimpin
Seseorang yang lebih banyak hafalannya lebih diutamakan untuk dijadikan sebagai pemimpin ataupun imam solat. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al Khudriy ra, Beliau mengatakan:
Rasulullah SAW bersabda, “Jika kalian berjumlah tiga orang (dan hendak mengerjakan solat berjamaah) makan hendaklah salah seorang dari kalian yang paling banyak hafalannya menjadi imam”
3. Mereka merupakan insan istimewa Allah SWT
Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.”
Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat lbn Majah)
4. Mereka dapat memberi syafaat kepada ahli keluarga
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya,maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
5. Mereka bakal mendapatkan syurga yang tertinggi
Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim)
No comments:
Post a Comment