Thursday, November 8, 2018

DOA AGAR DIBERIKAN KESABARAN MENGHADAPI KERENAH MANUSIA


وَلَمَّا بَرَزُوا لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالُوا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 

   
“Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”
[Al-Baqarah : 250]

Amalan

Ayat ini merupakan doa orang beriman yang menyertai tentera Talut untuk menghadapi tentera Jalut agar Allah melimpahkan kepada mereka kesabaran menghadapi ujian yang berat itu. Perkataan limpahan ini menunjukkan betapa diri mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang kering memerlukan air. Sabar dibandingkan dengan air kerana kedua-duanya mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya. 
[Tafsir al-Sawi]


Tuesday, November 6, 2018

KEM CUTI SEKOLAH 2018



*Kem Cuti Sekolah Kembali Lagi..!*

 Assalamualaikum wbt.

Saya Ustzh Syahrul dari Smart IQ Quranic Centre.

Mak,ayah nak tanya sikit, mesti mak,ayah pening kan dengan aktiviti anak-anak di musim cuti sekolah ???

Mak ayah selalu bimbang kan bila mereka....

  • main game 24 jam
  • melepak dengan kawan2
  • tengok tv pagi sampai malam
  • tiada pantauan waktu cuti sekolah

Jangan bimbang!!! 
Kami disini insyaAllah boleh bantu anak-anak dengan pengisian YANG SANGAT BERMAKNA di musim cuti sekolah ini.


Sesi 1: KEM HUFFAZ & LEADERSHIP

  •  26 November - 6 Disember 2018 ( 8 Hari )
  •  8.00 am-5.00 pm
  •  Isnin-Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai, Alor Setar
Pengisian:
✔ Hafazan Surah Pilihan
✔ Leadership Game
✔ Dibahagi kumpulan kecil yg boleh membaca & tidak boleh.

Disamping Aktiviti OUTDOOR:
✔ Lawatan sambil belajar di lokasi Masjid Zahir, Menara dan lain-lain lagi.



Sesi 2: KEM BACA SAMPAI KHATAM

  •  9-20 Disember 2018 (10 Hari)
  •  8.30am-5.30pm
  •  Ahad - Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih , Kuala Sungai, Alor Setar
Pengisian :
✔ Bacaan Al-Quran 30 juzuk secara TALAQQI di hadapan guru
✔ Peserta mendapat Ijazah Sanad Bacaan juzuk 30
✔ Peserta mesti boleh membaca Al-Quran
Pengisian Tambahan Menarik: Perbincangan hukum-hukum tajwid secara ringkas.



Sesi 3: KEM MAHIR TAJWID

  •  16-20 Disember 2018 ( 5 Hari )
  •  8.00am-5pm
  •  Ahad - Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai
Pengisian Menarik:
✔ Belajar Tajwid dengan mudah dan seronok
✔ Permainan Game bersilibus
 ✔Peserta mesti boleh mambaca Al-Quran dengan baik
✔ Melatih anak-anak untuk Kreatif dalam Pembelajaran serta Kefahaman dalam Ilmu    Tajwid
✔ Pembelajaran Dua Hala.



Sesi 4: KEM HAFAZ JUZUK 30

  • 9-20 Disember 2018 ( 10 Hari )
  •  8.00am-5pm
  •  Ahad- Khamis
  •  Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai, Alor Setar
✔ Tidak melebihi 18 tahun
✔ Fokus Hafazan Sepenuhnya
✔ Boleh membaca Al-Quran dengan baik
✔ Tamat Hafazan juzuk 30 dalam masa 10 hari



Sesi 5: KEM HAFAZ ULANGAN ULUL ALBAB

  •  26 November - 6 Disember 2018 ( 8 Hari )
  •  8.00am-12.00 pm
  •  Isnin - Khamis
  • Smart IQ Quranic Centre, Taman Kasih, Kuala Sungai, Alor Setar
Program ini:
✔ Terbuka kepada semua pelajar yang ingin menghabiskan silibus / membuat penambahan hafazan / ulangan hafazan yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing.


ANAK-ANAK TUAN/PUAN MESTI TERUJA PUNYA...!
TEMPAH SEAT UNTUK MEREKA SELAGI MASIH ADA!!
ANAK ADALAH SAHAM KITA DI SANA.

TEMPAT ADALAH TERHAD!!!

Sebarang pertanyaan, klik je:
wasap.my/+60194768013/NakTanyaKem

wasap.my/+60194488013/NakTanyaKem

Wednesday, October 31, 2018

JA'FAR BIN ABI TALIB


Beliau merupakan sepupu kepada Rasulullah SAW, dan abang kepada Ali bin Abi Talib. Beliau berusia  20 tahun lebih tua dari Ali. Isteri beliau bernama Asma’ binti Amis.
Dikenali sebagai Abi al-Masakin kerana beliau suka mendampingi golongan fakir miskin.  Ja’far gemar membantu dan berbuat baik terhadap mereka. Beliau merupakan seorang yang bersemngat dalam perjuangannya, bijaksana dan gigih.

Ja’far adalah antara orang yang terawal menerima dan memeluk Islam dan beliau telah menyertai rombongan ke Habsyah. Di sana, beliau menemui raja al-Najashi bagi menyampaikan dakwah Islamiah daripada Rasulullah SAW dan akhirnya mendapat berita kegembiraan apabila raja al-Najashi dan rakyatnya menerima Islam.
Beliau turut menyertai peperangan Khaibar dan tentera Islam beroleh kemenangan di sana. Kepulangan mereka dari Khaibar disambut baik oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Demi Allah, aku tidak tahu mana satu yang gembira dengannya; pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?”

Ja'far bin Abi Talib gugur syahid dalam peperangan Mu’tah bersama Zaid bin Harithah dan Abdullah bin Rawahah. Rasulullah SAW berasa sangat sedih atas kematiannya kerana Baginda amat menyukai dan menyenangi beliau. Sesungguhnya jasa beliau dalam perkembangan Islam amat banyak kerana beliau merupakan seorang yang bijak dan pintar dalam mengatur strategi dan menyebarkan Islam kepada golongan Musyrikin.

Tuesday, October 23, 2018

KATEGORI SURAH

Kesemua 114 surah dalam al-Quran boleh dikategorikan berdasarkan beberapa asas. Ada ulama mengkategorikannya berdasarkan panjang pendek ayat dalam satu-satu surah. Berdasarkan asas ini, ulama Al-Quran mengelompokkan surah-surah kepada 4 kategori iaitu :


1. As-Sab'u at-thiwal (7 surah yang panjang), iaitu surah Al-Baqarah, Ali 'Imran, An-Nisa', Al-A'araf, Al-An'aam, Al-Maidah dan Yunus.

2. Al-Mi'un (surah dengan lebih 100 ayat), seperti Hud, Yusuf, Mu'minun dan lain-lain.

3. Al-Matsani (surah panjang tetapi kurang sedikit dari 100 ayat) seperti Al-Anfal, Al-Hijr dan sebagainya.

4. Al-Mufashshal (surah-surah pendek) seperti Ad-Dhuha, Al-Ikhlas dan sebagainya.

Saturday, October 20, 2018

ALLAH TIDAK JEMU MENGAMPUNI

Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahwa ia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Iblis berkata kepada Tuhannya : 'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada dalam jasad mereka.' 

Allah S.W.T. menjawab : 'Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan daripada-Ku."

[Riwayat Ahmad]