Wednesday, October 31, 2018

JA'FAR BIN ABI TALIB


Beliau merupakan sepupu kepada Rasulullah SAW, dan abang kepada Ali bin Abi Talib. Beliau berusia  20 tahun lebih tua dari Ali. Isteri beliau bernama Asma’ binti Amis.
Dikenali sebagai Abi al-Masakin kerana beliau suka mendampingi golongan fakir miskin.  Ja’far gemar membantu dan berbuat baik terhadap mereka. Beliau merupakan seorang yang bersemngat dalam perjuangannya, bijaksana dan gigih.

Ja’far adalah antara orang yang terawal menerima dan memeluk Islam dan beliau telah menyertai rombongan ke Habsyah. Di sana, beliau menemui raja al-Najashi bagi menyampaikan dakwah Islamiah daripada Rasulullah SAW dan akhirnya mendapat berita kegembiraan apabila raja al-Najashi dan rakyatnya menerima Islam.
Beliau turut menyertai peperangan Khaibar dan tentera Islam beroleh kemenangan di sana. Kepulangan mereka dari Khaibar disambut baik oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Demi Allah, aku tidak tahu mana satu yang gembira dengannya; pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?”

Ja'far bin Abi Talib gugur syahid dalam peperangan Mu’tah bersama Zaid bin Harithah dan Abdullah bin Rawahah. Rasulullah SAW berasa sangat sedih atas kematiannya kerana Baginda amat menyukai dan menyenangi beliau. Sesungguhnya jasa beliau dalam perkembangan Islam amat banyak kerana beliau merupakan seorang yang bijak dan pintar dalam mengatur strategi dan menyebarkan Islam kepada golongan Musyrikin.

Tuesday, October 23, 2018

KATEGORI SURAH

Kesemua 114 surah dalam al-Quran boleh dikategorikan berdasarkan beberapa asas. Ada ulama mengkategorikannya berdasarkan panjang pendek ayat dalam satu-satu surah. Berdasarkan asas ini, ulama Al-Quran mengelompokkan surah-surah kepada 4 kategori iaitu :


1. As-Sab'u at-thiwal (7 surah yang panjang), iaitu surah Al-Baqarah, Ali 'Imran, An-Nisa', Al-A'araf, Al-An'aam, Al-Maidah dan Yunus.

2. Al-Mi'un (surah dengan lebih 100 ayat), seperti Hud, Yusuf, Mu'minun dan lain-lain.

3. Al-Matsani (surah panjang tetapi kurang sedikit dari 100 ayat) seperti Al-Anfal, Al-Hijr dan sebagainya.

4. Al-Mufashshal (surah-surah pendek) seperti Ad-Dhuha, Al-Ikhlas dan sebagainya.

Saturday, October 20, 2018

ALLAH TIDAK JEMU MENGAMPUNI

Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahwa ia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Iblis berkata kepada Tuhannya : 'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada dalam jasad mereka.' 

Allah S.W.T. menjawab : 'Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan daripada-Ku."

[Riwayat Ahmad]

Tuesday, October 16, 2018

ANAKKU PANAS BARAN

Kita biasa melihat anak-anak kecil menangis, menjerit, melontar barang, malah mengeluarkan kata-kata tidak sopan apabila marah. Adakah perlu dibiarkan kerana mereka masih kecil? Bagaimana hendak melentur supaya sifat buruk ini tidak terbawa-bawa hingga dewasa??




TEKNIK MENANGANI MARAH MENURUT PENGAMAL ISLAM

1. Azankan di telinga kanan anak-anak semasa mereka hampir terlelap tidur sebanyak 7 kali.

2. Jaga pemakanan. Elakkan daripada mengambil makanan ringan (jajan), jeruk,air berkarbonat dan buah epal hijau. Sebaliknya, berikan mereka kismis mengikut bilangan ganjil sama ada 7, 14 atau 21.

3. Jaga pergaulan. Jangan biarkan anak-anak berada di luar rumah pada waktu senja sehingga Isyak. Ini kerana waktu ini banyak syaitan berkeliaran.

4. Bacakan surah Al-Soffat, surah al-Jin dan surah Yaasin pada air. Kemudian mandikan anak-anak dengan air tersebut untuk melembutkan hatinya.

Saturday, October 13, 2018

BAGINDA S.A.W. SEDERHANA

Sa'id al-Jurairi r.a. meriwayatkan bahwa Abu Tufail berkata : "Saya pernah melihat Nabi SAW dan tidak ada lagi  di muka bumi ini seorang pun yang pernah melihat beliau selain diriku."


Sa'id yang teruja segera bertanya : "Gambarkanlah baginda kepadaku." 

Abu Tufail berkata : "Baginda putih, elok dan sedang (tidak gemuk dan tidak kurus, tidak tinggi dan tidak pendek)."

[Riwayat al-Tirmizi, Muslim, al-Baihaqi, Ibn Sa'ad dan al-Baghawi]