Wednesday, September 13, 2017

JOM BUAT PERSEDIAAN RAPI SEBELUM TEMUDUGA UNTUK MASUK MRSM ULUL ALBAB 2017

Kelebihan Seorang Penghafaz Al-Quran 

Ibu bapa seharusnya bercita-cita menjadikan salah seorang anak mereka hafiz (orang yang menghafaz al-Quran). Tindakan ini akan membantu anak-anak itu menjadi anak soleh atau solehah pada zaman yang serba mencabar ini.
Anak soleh inilah yang menjadi aset dan saham akhirat ibu bapa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Allah s.w.t. melalui kalam Rasulnya telah menjanjikan banyak lagi kelebihan kepada mereka yang menghafal al-Quran.
  1. Orang Istimewa Allah s.w.t.
Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu mcmpunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.”
Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat lbn Majah)
  1. Hati Tidak Diseksa
Daripada Abdullah bin Mas‘ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal al-Quran. Sesungguhnya al-Quran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-Quran, maka hendaklah ia bergembira.” (Riwayat al-Darimi)
  1. Memberi Syafaat kepada Keluarga
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
  1. Ibu Bapa Memperoleh Pahala Khas
Kedua-dua orang tua penghafal al-Quran diberi dua helai pakaian baru dan bagus, malah harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua-dua orang tua itu kemudian bertanya: “Kenapa kami diberi pakaian begini?”Kemudian dijawab: “Kerana anakmu menghafal al-Quran.”
  1. Dapat Tingkat Syurga Tertinggi
Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “jumlah tingkatan—tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim)
Dengan semua kelebihan yang dijaniikan itu, ibu bapa seharusnya lebih bersungguh-sungguh dalam memastikan anak-anak mereka menghafal al-Quran atau sebahagian daripadanya, seiringan dengan memberikan mereka ilmu pengetahuan duniawi.

APAKAH KITA ORANG YANG SIBUK?

Ada seorang ulama, berguru kepada seorang ulama. Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain, gurunya berpesan : "jangan tinggalkan membaca Al Qur’an, semakin banyak baca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah". Dan muridnya pun melakukan. Dia membaca Al Qur’an 3 juz per hari. Kemudian dia menambah lagi hingga 10 juz per hari. Dan urusannya semakin mudah.
Allah yang mengurus semua urusannya. Waktu pun semakin berkah. Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu? Bila kita dapat melakukan banyak hal dalam waktu yang sedikit. ITULAH BERKAH..
Berkahnya Al Qur’an .
****************************
Duhai Sahabat-sahabat ku semua, banyakkanlah membaca Al Quran. Jangan terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk... sesungguhnya, bukan kita yang atur waktu⌚ kita, tapi Allah.
Secara teorinya, kita rasa bila kita banyak menghabiskan waktu membaca al Quran, bermakna kita terpaksa mengurangi kegiatan-kegiatan kita yang lain. Hakikatnya, ia bukan seperti yang kita fikirkan. Sebenarnya, lagi banyak kita membaca al Quran, Allah akan membuatkan waktu kita menjadi berkah. 24jam yang kita miliki seolah-oleh terasa panjang. Paling utama, berkat al Quran yang kita baca ini.... pintu-pintu kebaikan akan dibuka... memberikan kita kesempatan untuk beramal soleh yang berikutnya... tanpa menggangu kegiatan harian kita yang lain.
Sahabat, Jagalah hak Allah maka Allah akan menjaga hak-hak mu.
Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya dunia yang difikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 macam penyakit padanya : 1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya. 2. Kesibukan yang tidak pernah ada penghujung. 3. Keperluan yang tidak pernah puas. 4. Khayalan yang tidak ada akhirnya. [Hadits Riwayat Muslim]


DAFTAR SEGERA!!!!! TERHAD
==============================
BENGKEL TEKNIK LULUS TEMUDUGA ULUL ALBAB @ TAHFIZ SAINS UNTUK CALON UPSR 2017
=================================
Tarikh : 13 dan 14 Oktober 2017 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Masjid Jamiek As Sahab, Kepala Batas Jitra Kedah Darulaman
.
HUBUNGI PANTAS
www.wasap.my/60195621005/Ulul_Albab

.
AWASSSSS JUGA , JANGAN PREJUDIS KEPADA ANAK-ANAK KITA……
Ramai ibu bapa yang teringin nak masukkan anak-anak ke sekolah tahfiz Ulul Albab dan tahfiz Sains tapi :

✔ Ibu bapa tak tahu maklumat tepat terperinci tahfiz-tahfiz ulul albab dan tahfiz sains di Utara.
✔ Bahkan ada yang tak yakin dengan anak anak, boleh kah anak anak aku menghafaz dalam masa yang singkat masa temuduga?
✔ Ada yang hanya mencuba nasib tanpa mengetahui format pemarkahan temuduga tersebut.
✔ Ada juga ada anak-anak yang bijak hafaz al Quran tetapi terlalu gugup dan gementar bila berhadapan dengan soalan yang tak diduga !!!!
✔ Ibu bapa tak tahu skill untuk membuatkan anak-anak mereka yakin ketika temuduga
✔ Ada yang tak sedar hampir markah utama kejayaan temuduga berada pada markah hafazan dan penulisan j.a.w.i

PERCAYAILAH KAMI, KAMI MEMPUNYAI PENGALAMAN DALAM MEMBANTU ANAK ANAK BERJAYA DALAM TEMUDUGA ULUL ALBAB DAN TAHFIZ SAINS.
========================
UNTUK SIAPA PROGRAM INI?
========================
➡ Pelajar-pelajar calon UPSR 2016
➡ Ibu Bapa yang mahu kejayaan anak anak akademik dan Al Quran
➡ Anak-anak yang mahu menyinari masa depan ibu ayah dengan jariah yang berkekalan hingga alam kubur.
➡ Kepada sesiapa mahukan anak anak menjadi profesional yang hafiz Al Quran
➡ Ibu bapa yang prihatin dengan masa depan anak-anak dengan tarbiyyah agama dan Quran
➡ Ibu Bapa yang mahu sebahagian keluarganya menghafaz Al Quran.
.
100% dikendalikan oleh SMART IQ QURANIC CENTRE
.
Di bawah bimbingan Ustazah Syahrul Haninah Mohd Salleh (al Hafizah).
.
✪ Beliau memiliki Diploma, Degree dan Master dalam bidang Tahfiz Al Quran
✪ Pernah menjadi panel penemuduga  Ulul Albab .
✪Mengasaskan teknik hafazan bermutu & berimpak di Smart IQ Quranic Centre
✪ Pernah mewakili Kedah peringkat Kebangsaan Majlis Tilawah Al Quran kategori 30 juzuk 4 tahun berturut-turut
✪ Memilik 10 Sanad Bacaan Al Quran bersambungan sehingga kepada Rasulullah SAW.
.
Keterangan lanjut hubungi:
.
Lot 12-15 Bangunan Perniagaan Taman Kasih, Pekan Kuala Sungai 06250, Alor Setar Kedah
.

 UNTUK RESPON YANG LEBIH PANTAS KLIK DI SINI >> www.wasap.my/60194488013/Ulul_Albab <<
.
INFO DI PAUTAN KAMI
KLIK DISINI >> MAKLUMAT PROGRAM<<

JANGAN LUPA LIKE FACEBOOK KAMI JUGA >>LIKE FACEBOOK<<



No comments:

Post a Comment