Saturday, December 31, 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2017




Kami dari Smart IQ Quranic Centre mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 dan Selamat Kembali ke Sekolah buat anak-anak didik Smart IQ Quranic Centre dan juga kepada ibu bapa  !
Semoga anak-anak dapat mengambil aura semangat tahun baru ini sebagai titik permulaan untuk menempuh sesuatu yang lebih mencabar pada tahun baru ini dan terus bersemangat untuk menggapai cita-cita.
Jangan lupakan solat 5 waktu, bacaan Al-Quran dan redha ibu bapa.
“Redha Allah bersama dengan redha kedua ibu bapa” (Hadis Riwayat Bukhari)
Semoga tahun 2017 akan memberikan kegembiraan yang berpanjangan, kesihatan yang baik, rezeki yang lapang dan kebahagian yang abadi untuk kita semua. 
Jum kita berdoa bersama-sama :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
 
Ameen ya rabbal alameen…


Ustazah Syahrul Haninah Bt . Salleh
Pengarah Urusan,
Smart IQ Quranic Centre.
“Peneraju Kelas Hafazan No 1 Di Utara”

No comments:

Post a Comment