Saturday, December 31, 2016

BENGKEL PANDUAN GURU HAFAZAN SIQC



Barisan Ustaz dan Ustazah di setiap cawangan SIQC

Pada 30 Disember 2016 yang lalu, Smart IQ Quranic Centre telah mengadakan sebuah Bengkel Panduan Guru Hafazan SIQC khusus kepada Guru-guru Hafazan dari setiap cawangan di bawah SIQC. Seramai 14 orang guru dari setiap cawangan di negeri Kedah telah menghadiri bengkel yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Smart IQ Quranic Centre iaitu Ustazah Syahrul Haninah Bt. Salleh. 

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan teknik-teknik hafazan yang dipraktikkan oleh SIQC. Di samping itu juga, bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru hafazan tentang tanggungjawab dan bidang kerja guru-guru serta cara merekod laporan prestasi hafazan. Selain itu, bengkel ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara guru-guru hafazan di setiap cawangan seterusnya menyiapkan guru-guru dengan azam dan semangat baru bagi mengendalikan anak-anak hafazan pada Tahun 2017. 

Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru hafazan dalam membantu mereka mengendalikan kelas hafazan hujung minggu dengan lebih berkesan dan mantap. 



















 














Ustaz Abdul Rahman menerima Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar Cemerlang dari SIQC
Ustaz Adha menerima Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar Cemerlang dari SIQC

No comments:

Post a Comment