Thursday, October 4, 2018

CARA RASULULLAH S.A.W. MENERIMA WAHYU.

Pernahkah terfikir bagaimana keadaan Rasulullah S.A.W. menerima wahyu??




Rasulullah S.A.W. menerima wahyu bukan dengan satu cara sahaja. 
Ada beberapa cara, antaranya :

1. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dalam bentuk manusia. 

  • Malaikat Jibril menemui Nabi S.A.W. dalam rupa manusia yang boleh dilihat oleh Nabi S.A.W. Lalu Jibril membacakan firman Allah S.W.T. kepada Nabi S.A.W., Rasulullah S.A.W. pun mengingatnya.
2. Malaikat Jibril memasukkan terus ke dalam hati Nabi S.A.W. 
  • Malaikat Jibril memasukkan wahyu ke dalam hati Nabi Muhammad S.A.W. tanpa bertemu secara langsung dengan Rasulullah, tanpa memperlihatkan kehadirannya. Kesannya, Nabi S.A.W. tiba-tiba sahaja merasakan wahyu itu telah berada di dalam hatinya.
3. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dalam rupa asalnya, diiringi bunyi yang gemersik        sekali seperti bunyi loceng.
  • Cara ini adalah yang paling berat sekali, sebagaimana diakui oleh Rasulullah S.A.W.  sendiri. Terdapat hadis yang merakamkan hal ini. Ada ketikanya baginda berpeluh-peluh tidak semena-mena sedangkan cuaca ketika itu dingin. Ada ketika pula unta yang sedang ditunggangi terduduk tidak mampu bergerak disebabkan beratnya wahyu yang ditanggung oleh baginda.

Jom sertai kami di
SMART IQ QURANIC CENTRE
Untuk makluman lanjut,
Atau
Hubungi kami di

Tuesday, October 2, 2018

ENGKAU MAKAN KURMA LEBIH BANYAK DARIPADA AKU!

Rasulullah S.A.W. pernah mengundang Ali ibnu Abi Talib untuk makan kurma bersama-sama. Kala itu, Ali ibnu Abi Talib masih kanak-kanak. Setiap kali mereka makan kurma, biji-bijinya mereka sisihkan di tempat masing-masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dirinya memakan terlalu banyak kurma daripada Rasulullah S.A.W. Biji-biji kurma menumpuk lebih banyak di sisi Ali berbanding Rasulullah S.A.W. Maka, Ali secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah S.A.W.




Ali berkata kepada Rasulullah S.A.W., "Wahai utusan Allah, tuan telah memakan kurma lebih banyak daripada aku! Lihatlah biji-biji kurma yang menumpuk di tempatmu." Mendengar kata-kata Ali tersebut, Rasulullah S.A.W. tidak mampu menahan tawa. 

Baginda berkata, "Wahai Ali, kamulah sebenarnya yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau memakan kurma dengan biji-bijinya!". Ali tertawa mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. itu.


Jom sertai kami di
SMART IQ QURANIC CENTRE

Untuk makluman lanjut,
Atau
Hubungi kami di

Thursday, September 27, 2018

ERTI SYUKUR

Dalam surah Ar-Rahman ayat “Fabiayyi ‘aalaa’I Rabbikumaa Tukadzdzibaan” diulang sebanyak 31 kali. Kepada siapa ayat tersebut ditujukan dan mengapa diulang sampai 31 kali??



فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”


Ayat ini ditujukan kepada manusia dan jin.

Hikmahnya diulang 31 kali kerana Allah ingin mengingatkan manusia bahawa seluruh nikmat itu datangnya dari Allah S.W.T dan betapa pentingnya manusia bersyukur atas nikmat-nikmat tersebut.

Orang yang paling bersyukur di dunia adalah orang yang paling bahagia.
Bersyukurlah tak kira dalam keadaan susah dan senang. 

Pasti hati bahagia.

-----------------------------------------------------------------------

Jom sertai kami di
SMART IQ QURANIC CENTRE


Untuk makluman lanjut,
Atau
Hubungi kami di






Wednesday, September 26, 2018

BAGAIMANA MENINGKATKAN PRESTASI OTAK??

Membaca Al-Quran dapat memperkasa otak kerana Al-Quran mengandungi pelbagai cerita. 

Ada cerita motivasi dan inspirasi. Ada cerita amaran dan ancaman. Membaca Al-Quran dengan maknanya akan merembeskan oxytocin. 

Kesan oxytocin membuatkan fokus pembaca meningkat dan prestasi otak meningkat.

Bacalah Al-Quran dengan maknanya kerana kesannya hebat pada otak. Baca setiap hari.

Thursday, September 20, 2018

TEMUDUGA ULUL ALBAB : SAMA ADA MRSM ULUL ALBAB ATAU SMKA ULUL ALBAB ATAU LAIN LAIN SEKOLAH BERTERASKAN TAHFIZ ?

Antara sebab kenapa waris sanggup bersesak hadiri bengkel ini...👇👇👇
Temuduga Ulul Albab akan berlangsung tak lama lagi : 9 sebab kenapa anda perlu ikuti program Teknik Lulus Temuduga Ulul Albab

Segera hubungi kami kerana kami menjalankan latihan intensif ini di 11 lokasi di Malaysia

019 476 8013
019 448 8013

https://quranic.stiq.com.my/bengkel_temuduga/