Wednesday, April 20, 2016

SMART IQ QURANIC CENTRE LAHIRKAN ANAK ANAK CELIK AL-QURAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah segala puji dipanjatkan kepada Allah di atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya. Sememangnya, segala amalan yang baik itu diberkati dan dirahmati Allah atas daya usaha seorang hamba kepada sang Pencipta. Sebagaimana yang kami lalui di setiap hujung minggu, ramai yang telah menyedari bahawa menghafal, menghafaz dan memahami serta mengamalkan Al-Quran adalah satu keperluan dalam dalam hidup sesorang mukmin atau mukminah.

Semenjak tahun 2012 lagi, SMART IQ Quranic Centre masih mengekalkan kaedah menghafal Al-Quran di HUJUNG MINGGU agar anak-anak yang sibuk dengan pembelajaran mereka dapat meluangkan masa sekurang-kurangnya di HUJUNG MINGGU bagi menghafal dan mengenal kalam suci Allah s.w.t.

Lihatlah, betapa semangatnya anak-anak muda yang merupakan pemangkin generasi baru Islam memanfaatkan mereka di HUJUNG MINGGU hanya semata-mata untuk menjaga Ayat-ayat suci Al-Quran agar ia tersemat di dalam hati mereka.

Tidak dilupakan kepada golongan dewasa yang menyertai SIQC untuk bersama-sama belajar tentang ilmu Al-Quran. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka dan moga-moga usaha mereka menjadi IBADAH kepada Allah dan diangkat darjat mereka di sisi Allah sebagai orang yang bertaqwa.

 SMART IQ QURNAIC CENTRE
-ADMIN-              






Thursday, April 14, 2016

KELAS PENGAJIAN DEWASA & KANAK-KANAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Kelas Pengajian Al-Quran SMART IQ  kini diteruskan lagi di bulan April ini. Bukan sahaja melibatkan kanak-kanak & remaja, malah golongan dewasa juga telah menyertai kami untuk bersama-sama mempelajari ilmu Al-Quran.

Ayuh ramai-ramai kita bersama-sama perbaiki dan perkukuhkan bacaan Al-Quran kita dengan mempelajari ilmu tajwid dan ilmu-ilmu yang terdapat di dlam Kalam Suci Allah.





 Untuk pertanyaan dan pendaftaran:
 - 019 476 8013-

Monday, April 11, 2016

PERTANDINGAN KO-KURIKULUM SPI KAFA PERINGKAT CHANGLUN

بسم الله الرحمن الرحيم

Warga SMART IQ Quranic Centre mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada NURUL NUHA BINTI HALIM iaitu pelajar kelas hafazan Al-Quran Hujung Minggu SMART IQ Quranic Centre yang juga merupakan adik kepada NURUL IMAN BINTI HALIM di atas kejayaan di PERTANDINGAN KO-KURIKULUM SPI KAFA PERINGKAT CHANGLUN

Kami amat berbangga dan berbesar hati di atas kejayaan yang telah dikecapi dan mendoakan agar NURUL NUHA akan menjadi pemangkin dan peneraju ummah khususnya dalam bidang HAFAZAN AL-QURAN serta sentiasa berjaya dunia dan akhirat.

Hanya di hujung minggu sahaja masa yang diluangkan untuk memperkemaskan bacaan dan hafalannya, NURUL NUHA telah berjaya buktikan bahawa pelajar sekolah bukan tahfiz mampu menghafal Al-Quran hanya di hujung minggu sahaja.

Terima kasih diucapkan kepada ibu dan ayah NURUL NUHA kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik dan membimbing anak -anak mereka untuk mengenal dan menghafaz Al-Quran.
SMART IQ QURANIC CENTRE
-ADMIN-

Sunday, April 10, 2016

PESERTA KELAS HAFAZAN SMART IQ JUARA DAN NAIB JUARA DI KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KUBANG PASU ( HAFAZAN PEREMPUAN RENDAH)



PESERTA KELAS HAFAZAN SMART IQ JUARA DAN NAIB JUARA DI KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KUBANG PASU ( HAFAZAN PEREMPUAN RENDAH)
بسم الله الرحمن الرحيم
Kelas Hafazan Al-Quran Hujung Minggu No.1 di Kedah

Hubungi: 019-476 8013

Nurul Iman (Johan)
Warga SMART IQ Quranic Centre mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada NURUL IMAN BINTI HALIM (Johan) & AISYAH SOFIAH BINTI AYUB(Naib Johan) iaitu pelajar kelas hafazan Al-Quran Hujung Minggu SMART IQ Quranic Centre di atas kejayaan di Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah peringkat Kubang Pasu dalam acara Hafazan Perempuan Rendah.

Adik NURUL IMAN akan mewakili Kubang Pasu ke peringkat Negeri yang bakal diadakan di Sungai Petani, Kedah.

Aisyah Sofiah (Naib Johan)
Kami amat berbangga dan berbesar hati di atas kejayaan yang telah dikecapi dan mendoakan agar NURUL IMAN & AISYAH SOFIAH akan menjadi pemangkin dan peneraju ummah khususnya dalam bidang HAFAZAN AL-QURAN serta sentiasa berjaya dunia dan akhirat.

Hanya di hujung minggu sahaja masa yang diluangkan untuk memperkemaskan bacaan dan hafalan mereka dan mereka telah berjaya buktikan bahawa pelajar sekolah bukan tahfiz mampu menghafal Al-Quran hanya di hujung minggu sahaja.

Terima kasih diucapkan kepada ibu dan ayah Nurul Iman & Aisyah Sofiah kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik dan membimbing anak -anak mereka untuk mengenal dan menghafaz Al-Quran.


-ADMIN-
SMART IQ QURANIC CENTRE

Thursday, April 7, 2016

TAHNIAH KEPADA HAFIZAH CILIK SMART I Q QURANIC CENTRE

Adik Aisyah Sofiah tiga dari kanan di barisan hadapan
بسم الله الرحمن الرحيم
7 April 2016 - Baru-baru ini telah berlansung Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah tahun 2016 peringkat daerah Kubang Pasu anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Karnival ini telah melibatkan penyertaan sekolah-sekolah di seluruh pelusuk Kubang Pasu.

Adik Nurul Iman bersama piala yang dimenangi
Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Allah kerana telah mengurniakan kejayaan kepada 2 orang pelajar SMART IQ Quranic Centre yang telah merangkumi Johan dalam Kategori Hafazan Perempuan.

Pelajar pertama iaitu Nurul Iman Binti Abdul Halim, 10 tahun telah berjaya merangkul Johan bagi Kategori Hafazan Perempuan peringkat PKG Hosba. Manakala pelajajar kedua ialah Aisyah Sofiah Binti Ayub, 10 tahun juga telah mendapat Johan dalam kategori yang sama di peringkat PKG Tunjang.

Kami mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Nurul Iman & Aisyah Sofiah di atas kejayaan mereka yang telah mengharumkan nama ibu ayah, guru-guru, sekolah dan juga pihak SMART IQ Quranic Centre sendiri.

Jika adik Nurul Iman & Aisyah Sofiah telah membuktikan bahawa mereka boleh menghafaz Al-Quran hanya di HUJUNG MINGGU sahaja dan berjaya merangkul JOHAN dalam pertandingan hafazan Al-Quran, tidak mustahil untuk anak-anak yang lain untuk mengikuti jejak langkah mereka. Ingat! Hafal di hujung minggu sahaja bersama-sama kami, In shaa Allah MUDAH, SERONOK & BERKESAN.