Thursday, April 7, 2016

TAHNIAH KEPADA HAFIZAH CILIK SMART I Q QURANIC CENTRE

Adik Aisyah Sofiah tiga dari kanan di barisan hadapan
بسم الله الرحمن الرحيم
7 April 2016 - Baru-baru ini telah berlansung Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah tahun 2016 peringkat daerah Kubang Pasu anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Karnival ini telah melibatkan penyertaan sekolah-sekolah di seluruh pelusuk Kubang Pasu.

Adik Nurul Iman bersama piala yang dimenangi
Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Allah kerana telah mengurniakan kejayaan kepada 2 orang pelajar SMART IQ Quranic Centre yang telah merangkumi Johan dalam Kategori Hafazan Perempuan.

Pelajar pertama iaitu Nurul Iman Binti Abdul Halim, 10 tahun telah berjaya merangkul Johan bagi Kategori Hafazan Perempuan peringkat PKG Hosba. Manakala pelajajar kedua ialah Aisyah Sofiah Binti Ayub, 10 tahun juga telah mendapat Johan dalam kategori yang sama di peringkat PKG Tunjang.

Kami mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Nurul Iman & Aisyah Sofiah di atas kejayaan mereka yang telah mengharumkan nama ibu ayah, guru-guru, sekolah dan juga pihak SMART IQ Quranic Centre sendiri.

Jika adik Nurul Iman & Aisyah Sofiah telah membuktikan bahawa mereka boleh menghafaz Al-Quran hanya di HUJUNG MINGGU sahaja dan berjaya merangkul JOHAN dalam pertandingan hafazan Al-Quran, tidak mustahil untuk anak-anak yang lain untuk mengikuti jejak langkah mereka. Ingat! Hafal di hujung minggu sahaja bersama-sama kami, In shaa Allah MUDAH, SERONOK & BERKESAN.



Sunday, April 3, 2016

KELAS HAFAZAN AL-QURAN NO. 1 DI KEDAH DI BULAN APRIL

بسم الله الرحمن الرحيم

1 April 2016 -   Kelas Hafazan Al-Quran Hujung Minggu No.1 di Kedah kini memulakan legasinya di bulan April 2016 bersama-sama para pelajar dengan meneruskan 'AKTIVITI LAZIM' kami di hujung minggu.

Wah, meriahnya suasana di setiap kelas! Syabas kami ucapkan kepada semua pelajar kerana menunjukkan semangat yang berkobar-kobar untuk menghafaz Al-Quran walaupun di hujung minggu.

Kepada yang tidak mengetahui apa yang kami buat, kami share/kongsikan kepada tuan-tuan & puan-puan yang dirahmati Allah, himpunan aktiviti-aktiviti hujung minggu kami iaitu
kelas hafazan Al-Quran hujung minggu no.1 di Kedah.
Buat mereka yang tidah tahu, mai cek nak habaq, kelas ni....
 MUDAH, SERONOK & BERKESAN.....

TAK PERCAYA?? CUBA HUBUNGI :
019-476 8013
P/S- NANTI ANDA AKAN DAPAT JAWAPANNYA

Thursday, March 31, 2016

ADIK MAI BELAJAQ MENGAJI AL-QURAN SERONOK !!~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t
30 Mac 2016- Kami di SMART IQ Quranic Centre bukan sahaja mengendalikan Kelas Hafazan Al-Quran Hujung minggu No.1 di Kedah bahkan kami juga turut mengendalikan kelas Pengajian Al-Quran bagi anak-anak berumur dari seawal 5 tahun.

Alhamdulillah, di atas komitmen yang diberikan oleh para ibu dan ayah untuk menghantar anak mereka mempelajari bacaan Al-Quran kepada kami, kini SMART IQ Quranic Centre telah mempunyai lebih daripada 60 pelajar.

Kami harapkan agar komitmen yang diberikan akan berterusan agar ia menjadi pahala dan amal jariah kepada para ibu dan ayah pelajar serta khususnya kepada diri mereka sendiri.

Akhir kata, Kami mendoakan agar segala yang dipelajari oleh pelajar Kami diberkati dan diredhai serta dipermudahkan  Allah. In shaa Allah... Belajar Al-Quran di SMART IQ Quranic Centre ni...MUDAH-SERONOK-BERKESAN.

-Admin-
SMART IQ QURANC CENTRE











Wednesday, March 30, 2016

KELAS HAFAZAN AL-QURAN HUJUNG MINGGU NO. 1 DI KEDAH

بسم الله الرحمن الرحيم


30 Mac 2016- Bulan Mac kini sudah hampir melabuhkan tirainya pada tahun ini. Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah S.W.T di atas segala nikmat dan rahmat-Nya dapat lagi kami dari SMART IQ Quranic Centre menjalankan Kelas Hafazan Al-Quran Hujung Minggu No.1 di Kedah.

Bermula dari bulan Januari hingga kini, kami telah menerima seramai lebih 200 orang pelajar  di 6 cawangan kami.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada ibu dan bapa pelajar di atas kepercayaan yang diberikan untuk bersama-sama kami menghafaz dan mempelajari Al-Quran hanya di hujung minggu sahaja.

Kami dari pihak SMART IQ Quranic Centre berharap agar semua pelajar untuk terus istiqamah dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam usaha mengejar cita-cita dan impian ibu bapa untuk menjadi  Al-Hafiz / Al-Hafizah serta cemerlang di dunia dan akhirat,

Di sini, kami sertakan beberapa detik-detik manis pelajar-pelajar kami sepanjang kelas hafazan berlansung sekitar bulan Mac 2016. 


-Admin-
SMART IQ Quranic Centre


 











Wednesday, March 9, 2016

AYUH DAFTAR SEGERA !!! AKADEMI SMART LEDAER HUFFAZ BULAN MAC 2016

بسم الله الرحمن الرحيم

Daftar Online :


Sempena Cuti Sekolah Bulan Mac 2016 akan datang, SMART IQ Quranic Centre menganjurkan  "AKADEMI SMART LEADER HUFFAZ "
In shaa Allah... Mudah,Seronok & Berkesan !!
.
Kami menawarkan:

*HAFAZAN AL-QURAN 
*INTENSIF AL-QURAN & *LATIHAN DALAM KUMPULAN

Waktu:
7.30 PAGI- 5.30 PETANG
Tarikh:
14-17 Mac 2016
Tempat:
DI PUSAT HAFAZAN SMART I Q, KUALA SUNGAI

HUBUNGI :
019-476 8013/ 019-448 8013
atau
Daftar Online :

# KAEDAH PEMBAYARAN :
- Anda boleh membuat pembayaran di akaun Affin Bank Islamic Berhad 106670007117 atas nama SMART IQ QURANIC CENTRE
- Sila emel resit pembayaran ke smarttripleiq13@gmail.com atau hantar gambar resit ke whatsapp 019-4768013