Tuesday, March 21, 2017

TEMUDUGA TERBUKA UNTUK GURU PART TIME KELAS HAFAZAN MINGGUAN

17353354_1485955938141789_2496028643862714136_n

Temuduga Terbuka untuk Jawatan Kosong Guru Hafazan Kelas Hafazan Mingguan SMART IQ QURANIC CENTRE !!
.
Jawatan : Guru Hafazan Part Time
.
Tarikh : 22 Mac 2017 (Rabu)
.
Masa : 10.00 pagi
.
Tempat : Smart IQ Quranic Centre, Pekan Kuala Sungai, Alor Setar, Kedah
.
Sila bawa bersama RESUME anda.
.
*boleh memberi komitmen pada hujung minggu*
.
#jawatankosong
#jawatankosongalorsetar
#temudugaterbuka
#jobvacancykedah

TEMUDUGA TERBUKA UNTUK JAWATAN KOSONG GURU PART TIME KELAS PENGAJIAN MALAM

17342677_1485942674809782_5528987495087408263_n

Temuduga Terbuka untuk Jawatan Kosong Guru Kelas Pengajian Malam SMART IQ QURANIC CENTRE !!
.
Jawatan : Guru Pengajian Malam
.
Tarikh : 22 Mac 2017 (Rabu)
.
Masa : 10.00 pagi
.
Tempat : Smart IQ Quranic Centre, Pekan Kuala Sungai, Alor Setar, Kedah
.
Sila bawa bersama RESUME anda.
.
*boleh memberi komitmen pada setiap hari selasa, rabu dan khamis malam*
.
#jawatankosong
#jawatankosongalorsetar
#temudugaterbuka
#jobvacancykedah

Al-Quran mengubah seluruh kehidupan kita !

12239_1021800537894525_2106032317388603166_n


قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم..
(“يقال لصاحب القرآن،اقرأ وارتق ورتل كما كنت ترتل فى الدنيا،فإن منزلتك عند آخر آية تقرأ”)حديث رواه أبو داود و الترمذي وقال حديث حسن صحيح..
Telah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w : 
“”Ketika akan masuk syurga nanti maka dikatakan kepada orang yang gemar membaca Al Quran, sering mengingatkan ajarannya dan mengamalkan isinya (waktu hidupnya dahulu di dunia).
”Bacalah Al Quran sekarang, dan tartilkanlah (baca dengan tartil) sebagaimana engkau dahulu sewaktu hidup di dunia telah membacanya dengan tartil, ambillah darjat engkau di dalam syurga, kerana sesungguhnya tempatmu/kedudukanmu di dalam syurga akan dinilai dari kadar banyak atau sedikitnya engkau membacanya, mengingatkannya dan mengamalkannya’.”
[[HR imam Abu Daud dan Imam At Tarmizi]. dan kata Tarmizi, hadis ini berstatus hasan lagi sahih..
Hadis di atas menunjukkan kelebihan orang yang mencintai Al Quran dengan menjadikannya sebagai teman dalam kehidupan.
Maksud, “صاحب القرآن”
(sahibul Quran)..ialah seseorang yang menjadikan Al Quran sebagai teman utamanya di dunia, iaitu mereka itu sering membacanya, mengambil pengajaran dari kandungan isinya, meneladani sifat-sifat yang murni darinya serta mengamalkan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
Ketika di Akhirat nanti, golongan Ashabul Quran ini akan dikatakan kepada mereka,
“Masuklah ke dalam syurga yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t, dan rasailah kenikmatan yang telah disediakan (dengan sebab kecintaan kamu pada Al Quran, dan keyakinan kamu mengamalkan isi ajarannya sewaktu hidup di dunia), sesungguhnya kamu ditinggikan darjat/maqam di sisi Allah s.w.t.”.
Bacaan dengan tartil bermaksud : Membaca dengan tidak terlampau perlahan, tidak pula terlalu cepat dan membaca dengan menyebut setiap huruf dengan makhraj yang betul.
Semoga sahabatku semua termasuk dalam “Ashabul Quran”.
Jadikanlah Al Quran dan Al Hadis sebagai panduan serta teman dalam kehidupan yang sementara ini, moga ianya akan menjadi bekalan yang cukup untuk dibawa ke alam barzakh di akhirat nanti.
Persoalannya ialah…:
“Wahai ikhwah!
Sudahkah kita hari ini menatap Al Quran?
Sudahkah kita membacanya?
Berapa banyak ayat yang telah dibaca?
Dan berapa banyak peringatan yang telah dijadikan panduan dan amalann?
Jika kita telah menatapnya dengan rasa kasih sayang, membacanya dengan penuh penghayatan, menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan…إن شاء الله…
Itu tandanya kita telah termasuk di dalam golongan “أصحاب القرآن” atau “صاحب القرآن” (Ashabul Quran/Sahibul Quran) yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNya s.a.w.😊
Semoga amalan kita hari ini adalah lebih baik dari semalam.
الفقير إلى الله..
Pengarah Urusan Smart IQ Quranic Centre,
Ustazah Syahrul Haninah Bt. Salleh

Wednesday, March 15, 2017

TAHNIAH atas kejayaan Adik Syarifah Rifhan Tihani Bt Syed Basir sebagai Naib Juara Hafazan Peringkat Zon Kubur Panjang


Tahniah diucapkan kepada adik Sharifah Rifhan Tihani Bt Syed Basir atas kemenangan beliau sebagai Naib Juara Hafazan Peringkat Zon Kubur Panjang baru-baru ini.

Adik Sharifah Rifhan Tihani merupakan salah seorang pelajar Kelas Hafazan Mingguan Cawangan Naka yang sentiasa bersemangat dalam hafazan dan sentiasa menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan.

Semoga Adik Syarifah terus berjaya di masa hadapan. Cemerlang Al-Quran Cemerlang Akademik ! :)

#smartiqquraniccentre
#penerajukelashafazanhujungmingguno1diutara
#cemerlangalqurancemerlangakademik
#modulmudahdanberkesan
#hafazanhujungminggu

Tuesday, March 14, 2017

Perbincangan Pelawaan untuk Pembukaan Cawangan Baru Kelas Hafazan Mingguan

8 Mac 2017 - Sesi Perbincangan terhadap pelawaan untuk Pembukaan Cawangan Baru Kelas Hafazan Mingguan bersama Cikgu Hilmi di sebuah daerah baru di Kedah.

ecd1f5e9-77fe-4690-b55a-550d9175f8a6

c5f9cded-56d3-42e0-922a-961268311f4e

b34d5256-82a3-48e0-a22f-155bf4d7e0af

057ff1c5-1f40-4195-9795-48548e342d5a