Tuesday, March 21, 2017

Al-Quran mengubah seluruh kehidupan kita !

12239_1021800537894525_2106032317388603166_n


قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم..
(“يقال لصاحب القرآن،اقرأ وارتق ورتل كما كنت ترتل فى الدنيا،فإن منزلتك عند آخر آية تقرأ”)حديث رواه أبو داود و الترمذي وقال حديث حسن صحيح..
Telah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w : 
“”Ketika akan masuk syurga nanti maka dikatakan kepada orang yang gemar membaca Al Quran, sering mengingatkan ajarannya dan mengamalkan isinya (waktu hidupnya dahulu di dunia).
”Bacalah Al Quran sekarang, dan tartilkanlah (baca dengan tartil) sebagaimana engkau dahulu sewaktu hidup di dunia telah membacanya dengan tartil, ambillah darjat engkau di dalam syurga, kerana sesungguhnya tempatmu/kedudukanmu di dalam syurga akan dinilai dari kadar banyak atau sedikitnya engkau membacanya, mengingatkannya dan mengamalkannya’.”
[[HR imam Abu Daud dan Imam At Tarmizi]. dan kata Tarmizi, hadis ini berstatus hasan lagi sahih..
Hadis di atas menunjukkan kelebihan orang yang mencintai Al Quran dengan menjadikannya sebagai teman dalam kehidupan.
Maksud, “صاحب القرآن”
(sahibul Quran)..ialah seseorang yang menjadikan Al Quran sebagai teman utamanya di dunia, iaitu mereka itu sering membacanya, mengambil pengajaran dari kandungan isinya, meneladani sifat-sifat yang murni darinya serta mengamalkan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
Ketika di Akhirat nanti, golongan Ashabul Quran ini akan dikatakan kepada mereka,
“Masuklah ke dalam syurga yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t, dan rasailah kenikmatan yang telah disediakan (dengan sebab kecintaan kamu pada Al Quran, dan keyakinan kamu mengamalkan isi ajarannya sewaktu hidup di dunia), sesungguhnya kamu ditinggikan darjat/maqam di sisi Allah s.w.t.”.
Bacaan dengan tartil bermaksud : Membaca dengan tidak terlampau perlahan, tidak pula terlalu cepat dan membaca dengan menyebut setiap huruf dengan makhraj yang betul.
Semoga sahabatku semua termasuk dalam “Ashabul Quran”.
Jadikanlah Al Quran dan Al Hadis sebagai panduan serta teman dalam kehidupan yang sementara ini, moga ianya akan menjadi bekalan yang cukup untuk dibawa ke alam barzakh di akhirat nanti.
Persoalannya ialah…:
“Wahai ikhwah!
Sudahkah kita hari ini menatap Al Quran?
Sudahkah kita membacanya?
Berapa banyak ayat yang telah dibaca?
Dan berapa banyak peringatan yang telah dijadikan panduan dan amalann?
Jika kita telah menatapnya dengan rasa kasih sayang, membacanya dengan penuh penghayatan, menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan…إن شاء الله…
Itu tandanya kita telah termasuk di dalam golongan “أصحاب القرآن” atau “صاحب القرآن” (Ashabul Quran/Sahibul Quran) yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNya s.a.w.😊
Semoga amalan kita hari ini adalah lebih baik dari semalam.
الفقير إلى الله..
Pengarah Urusan Smart IQ Quranic Centre,
Ustazah Syahrul Haninah Bt. Salleh

No comments:

Post a Comment