Monday, January 28, 2019

USTAZAH SYAHRUL KONGSIKAN TIPS PERSIAPAN CALON UPSR 2019 UNTUK KE MRSM, SMKA, SBP ULUL ALBAB SERTA TAHFIZ SAINS BAGI TAHUN 2019

MERANCANG MASA DEPAN ANAK YANG MENDUDUKI UPSR 2019 UNTUK KE MRSM
ULUL ALBAB, SMKA ULUL ALBAB DAN SBP ULUL ALBAB SERTA TAHFIZ SAINS.

By : Ustazah Syahrul Haninah Mohd Salleh Al Hafizah


Sudah tentu ramai ibu bapa mengidamkan anak mereka menjadi
'Hafiz' menghafaz Al Quran tanpa meminggirkan ilmu akademik. Sudah tentulah Sekolah Ulul Albab atau Tahfiz Sains menjadi sasaran.

Namun ramai tak tahu bagaimana merancang ke arah tersebut .

Disini saya tuliskan ringkasan bebrapa perkara penting untuk rujukan ibu bapa yang mempunyai anak tahun 6 2019.:

1. Berikan tumpuan kepada akademik (secara sederhana mengikut kemampuan masing-masing) kerana syarat minima kemasukan ke Ulul Albab ialah 3A 3B. Walaupun ada Tahfiz Sains yang agak ketat yang bersyarat 5 A.

2. Berikan sedikit masa menanam minat menghafaz surah pendek-pendek kepada anak anak pada awal tahun sebelum disibukkan dengan jadual pecutan sekolah yang padat.


3. Fahamkan mereka tentang kelebihan menyambung pengajian sekolah menengah di bidang hafazan atau Ulul Albab.

4. Ibu bapa perlu sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan rezeki anak anak ke Ulul Albab

5. Pada awal tahun masih belum terlambat menghantar anak anak ke Tahfiz Hujung Minggu sebagai galakan mereka untuk menghafaz Al Quran. Ini kerana ramai ibu bapa dan anak berminat untuk ke Ulul Albab namun tidak ada kemahiran menghafaz Al Quran

6. Selepas tamat peperiksaan UPSR boleh mencari seminar latih tubi bagi menghadapi Ujian hafazan ke Ulul Albab seperti yang dijalankan oleh Smart IQ Quranic Centre iaitu Bengkel Teknik Lulus Temuduga Ulul Albab.

Jika mahu kami bantu anda , boleh lakukan pra pendaftaran secara percuma di link di bawah.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeSuHf0W5LV2VeyPvqz8p7LjBHw_Pg8AYSZ5o14Hn1F5krfAQ/viewform

Page FB kami : https://www.facebook.com/TeknikLulusTemuduga/

Layari Web kami : https://quranic.stiq.com.my/bengkel_temuduga/

www.wasap.my/60194768013/ULULALBAB2019
www.wasap.my/60194488013/ULULALBAB2019


Semoga bermanfaat

Ustazah Syahrul Haninah Binti Mohd Salleh
Jurulatih Nasional
Teknik Lulus Temuduga Ulul Albab


No comments:

Post a Comment