Tuesday, June 13, 2017

KEJAYAAN PELAJAR SMART IQ QURANIC CENTRE ^_^

Zakuan Murshidi b. Mohamad Razif, 16 merupakan diantara pelajar yang mengikuti KELAS HAFAZAN MINGGUAN KUALA SUNGAI, Beliau adalah seorang pelajar pintar yang kini sedang belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid iaitu sebuah kolej yang terkemuka di Kedah.
.
Beliau mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperikasaan PT3 iaitu 9A sekaligus melayakkan beliau untuk memasuki sekolah 'Kluster' ini.
.
Beliau juga merupakan pelajar yang aktif dan tidak pernah ketinggalan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Smart I Q Quranic Centre seperti Program Qiamullail Perdana SIQC dan Kem Smart Huffaz Genius. Rentetan daripada itu, adik Zakuan mula mendaftarkan diri beliau untuk mengikuti Kelas Hafazan Hujung Minggu di Kuala Sungai, Kedah.
.
Apa yang menariknya, adik Zakuan Murshidi ini pada peringkat awalnya, beliau merupakan pelajar yang biasa-biasa sahaja. Namun istiqamah dan keberkatan Al-Quran itu membuatkan beliau berjaya dan terus berjaya dan telah berjaya menghafaz 3 juzu' Al-Quran ^_^
.
KAMI DOAKAN AGAR ADIK ZAKUAN DAN SELURUH PELAJAR SMART IQ QURANIC CENTRE TERUS BERJAYA, DAN BEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT ^_^
.
===============================================
Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut
sila hubungi 019-448 8013 @ 019-476 8013 📞
.
Daftar segera RAMADHAN INI, dan berikan sesuatu YANG BERMANFAAT buat anak-anak anda! 🤗 🌷

No comments:

Post a Comment