Wednesday, February 8, 2017

Bagaimana Doa Ibu Bapa cepat Makbul ??


Sebagai Ibu Bapa anda jangan pernah putus asa dalam menangani masalah anak-anak. Allah amat benci dengan orang yang berputus asa. Sebaliknya syaitan suka jika kita berputus asa. Orang yang berasa hendak berputus asa harus berdoa,

"Sesungguhnya keampunanMu lebih kuharapkan daripada amalanku dan sesungguhnya rahmat Engkau lebih luas daripada dosa-dosaku."

Untuk mengenal pasti punca masalah anak-anak, usaha semata-mata tidak memadai. Kita selaku ibu bapa harus mencari punca-punca pokok atau dasar masalah. Misalnya cuba kita lihat diri kita dahulu (muhasabah diri). Jangan nampak salah orang lain sahaja. Jangan ingkar perintah Allah. Jangan terlibat dengan perkara syubhah.

Sesetengah ibu bapa mengatakan bahawa mereka masih banyak kejahilan. Jika benar, carilah ilmu. Ada juga ibu bapa yang berilmu tapi tidak beramal dengan ilmu itu.

Di sini ingin saya kongsikan beberapa tips tentang bagaimana doa ibu bapa cepat makbul.

🌸 Hati ibu bapa mesti bersih supaya setiap tindak tanduk berkat
🌸 Bentuk personaliti anak dan jangan terpengaruh dengan suasana yang buruk.
🌸 Mantapkan amal harian mengikut sunnah Rasulullah SAW.
🌸 Tinggalkan amalan negatif.
🌸 Taubat Nasuha terhadap dosa yang banyak.
🌸 Jaga dan pertingkatkan ibadah kepada Allah.
🌸 Bersihkan punca rezeki.
🌸 Keluarkan zakat dengan sempurna.


Pengarah Urusan Smart IQ Quranic Centre, 
Ustazah Syahrul Haninah Binti Mohd Salleh Al-Hafizah

No comments:

Post a Comment