Wednesday, December 21, 2016

KEM CUTI SEKOLAH NOV/DEC CETUSKAN KELAINAN, TARIK MINAT HAFAZ AL QURAN



🌷 Akademi Smart Leader Huffaz 🌷

🌷 Intensif Pemulihan Al-Quran dan Solat 🌷

  🌷Bengkel Pemantapan Tahfiz Siri 1🌷


Kem Cuti Sekolah (KCS 2016) datang lagi dengan wajah baru dan padat dengan pengisian yang membina! 
Alhamdulillah ini merupakan pengendalian kali ke-3 KCS dari kami di Smart IQ Group. Pihak kami mendapat maklum balas yang positif dan memberangsangkan dari ibu bapa dan juga para peserta. 
Kem Cuti Sekolah (KCS) pada tahun ini berjaya dilaksanakan pada 28 November hingga 8 Disember 2016 yang lepas sebagai satu pengisian buat para peserta di musim cuti sekolah mereka. 
Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH buat para peserta yang telah berjaya mengikuti kem ini serta tak lupa juga buat ibu bapa yang memilih jalan bijak untuk menghantar anak-anak dalam mengisi masa lapang sepanjang musim cuti sekolah bersama kami di SMART IQ QURANIC CENTRE.
Seramai lebih kurang 50 orang peserta yang berumur sewal 5 tahun sehingga 18 tahun telah menyertai KCS pada tahun ini. KCS ini diiringi oleh 5 orang tenaga pengajar serta 7 orang urusetia yang membantu sepanjang perlaksanaan KCS ini.

Modul pengisian KCS kali ini lebih menumpukan kepada hafazan 10 ayat awal surah Al-Kahfi, surah-surah lazim, Tajwid, Fardhu Ain, bacaan dalam solat serta aktiviti-aktiviti kepimpinan. Alhamdulillah, kesemua peserta KCS kali ini berjaya pulang dari Kem Cuti Sekolah dengan hafazan 10 ayat awal Surah Al-Kahfi, ayat-ayat lazim serta bacaan dalam solat.









Hafazan 10 ayat awal Suran Al-Kahfi dan Juz Amma

Semoga segala ilmu dan pengisian yang diperoleh dari KCS ini memberi manfaat dan dijadikan amalan buat para peserta di masa hadapan.
Pihak urusetia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tenaga pengajar, kepada ibu bapa yang memberikan sokongan dan dorongan buat anak-anak peserta, urusetia-urusetia yang banyak membantu melancarkan KCS ini, serta kepada semua yang sama-sama menjayakan KCS pada tahun ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha menjayakan KCS ini mendapat keberkatan dari Allah SWT dan diterima sebagai amal soleh di sisiNya.
Ameen ya rabbal alamin.
Terus menghafaz walaupun anak-anak bukan dari sekolah aliran agama dan terus menjadi anak-anak yang membanggakan kedua ibu bapa.
Selamat Maju Jaya dan Semoga Berjumpa lagi anak-anak semua !!

Aktiviti-aktiviti kepimpinan dan explorace

No comments:

Post a Comment